Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Indahnya Syurga 2



Masa aku kanak-kanak dulu... Aku selalu dengar cerita-cerita indah tentang syurga... Macam-macam lah, tentang sungai-sungai di syurga, tentang bidadari-bidadari (masa aku kanak-kanak pun aku dah gilakan pompuan), tanam-tanaman, binatang ternakan, pasar-pasar di syurga, di syurga tak perlu bawak duit pegi pasar, ambik sahaja barang yang korang nak tu. free of charge!!!

Jadi masa aku kecik dan jahil dulu aku selalu terfikir-fikir... Kenapa sesorang yang masuk syurga tu Allah bagi satu lot tanah kat syurga paling sempit pun adalah seluas 10 kali bumi. Masa pertama kali aku dapat bilik sendiri (sebenarnya share dengan adik) aku rasa luas gila dah bilik tido ni untuk aku dan adik aku.

Bayangkan satu hari malaikat Jibrail nak pergi melawat tempat kediaman Abu Bakar r.a. di syurga. Korang tahu lah kan.... Malaikat ni dia boleh terbang ke sesuatu tempat dengan tak sempat pun korang nak berkelip mata pun. Punyalah laju malaikat ni... cahaya pun kalah... Jibraill as dari langit ketujuh sempat terbang sambut Nabi Yusof ketika terjatuh dalam perigi.

Sekian lama Jibrail terbang nak menuju ke kediaman Abu Bakar r.a., lama sangat dia terbang sampai dia berhenti kepenatan. Lalu Jibarail tanya pada Allah kat mana dia sekarang ke kot-kot dah terlepas masuk kediaman orang lain. Allah berfirman kepada Jibrail yang dia baru berada di tepi laman rumah Abg Bakar lom sampai tengah pun lagi. Tak tahu lah seluas mana kan...

Jadi... Korang rasalah naper nak luas sampai macam tu sekali...? Rasa pelik tak? Tak pelik pun sebenarnya kalau korang fikir secara logik pun boleh... Korang bayangkan berapa lama korang hidup kat syurga? selama-lamanya weeii... aku ulang semula... selama-lamanya...

Kita tengok orang kaya sekarang. satu dunia senang-sennag je diorang boleh jelajah. Sampai bosan tak tahu nak pegi mana lagi. Itu yang ada melancong sampai ke angkasa tu...

Jadi kita pun kat syurga sama lah... masa itu kita lah yang paling kaya raya... hidup pun selama-lamanya pasti lah kita nak jalan-jalan, melancong sana sini selama-lamanya. kalau setakat luas bumi... bosan laa.... Sebab itu lah setiap korang yang masuk syurga dapat tempat luas-luas kat sana paling sempit pun 10 kali bumi... Korang bukan hidup kat syurga tu sehari dua... bukan 100 atau 1000 tahun tapi selama-lamanya...

Maha Suci Allah yang sememangnya Maha Tahu...

Ulasan The Arrival (Dajjal)



Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir. (Al-Anfaal 8:18)

Ini adalah ulasan tentang sebuah cerita yang boleh dikategorikan sebagai dokumentasi terlampau... Dan ia tiada kena mengena langsung dengan filem The Arrival lakonan Charlie Sheen.

Kategori cerita.... Sebuah cerita yang menarik, namun tidak sesuai untuk tontonan umum dan boleh dikategorikan sebagai 18PL (kerana mempunyai tahap falsampah yang tinggi) sehingga boleh memecahkan kepala hotak kanak-kanak bawah umur.

Bagi mereka yang 18 tahun ke atas, ia sesuai untuk ditonton beramai-ramai samada dirumah atau pun di tempat kerja sewaktu bos anda tiada di pejabat.

Berkenaan jalan cerita pula... Banyak sangat scene ulangan yang menyebabkan anda perlu bawa gula-gula ketika menontonnya kerana ada bahagian yang akan berulang-ulang sehingga anda rasa nak muntah atas member anda.

Pengaruh kepada masyarakat... Amat kuat sekali... sehingga ada yang tidak tidur malam memikirkannya.

Kesimpulan... selamat mendownload, selamat menonton dan selamat makan gula-gula.

Selidik lah dulu yea....



Aku rasa ada kewajarannya kita merasa sedikit takut dan berhati-hati. Aku bukan nak ulas tindakan akhbar amerika yang cuba menimbulkan isu tahap keselamatan makanan di Jepun akibat pendedahan radiasi tempoh hari.

Aku nak bagitau korang yang isu tahap keselamatan makanan dari negara luar... Kita tengok baru-baru ini heboh tentang telur tiruan dari China masuk ke pasaran negara kita. Aku tak pasti lah apa tindakan negara China terhadap isu ini. Yang aku tahu telur tiruan itu diperbuat dari bahan kimia yang bila masuk dalam badan boleh menjahanamkan badan kita.

Kita tidak boleh pandang remeh isu-isu ini... Sedarkah kita setiap apa yang kita makan, kesan bahan kimia dalam makanan kita itu membari kesan buruk pada badan dan otak kita, sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

Biarpun sekarang tahap kebersihan masyarakat kita semakin meningkat. Namun timbul pula masalah lain iaitu kesedaran tentang bahan kimia sebagai bahan tembahan dalam makanan kita.

Kebanyakkan produk makanan dari negara luar terutama China, Thailand dan beberapa negara lain. Mereka tidak ambil peduli kesan pengunaan bahan kimia berlebihan  terhadap orang ramai dalam menghasilkan produk makanan. Bagi mereka keuntungan lebih utama.

Oleh itu rasanya kita sendiri perlu buat satu kaedah bagaimana kita sebagai penguna dapat menghindari dari membeli produk yang mempunyai bahan kimia yang berlebihan dan berbahaya.

Walaupun memang ada peraturan tentang kawalan kualiti makanan import namun ia hanya pada sesetangah produk dan bahan kimia sahaja.

Bagaimana pun dengar lah dulu...


"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."


Surah al-Hujurat. ayat 6.


Apa yang nak aku sampaikan sebenarnya kalau ada seseorang itu bagitahu sesuatu dan korang pulak dungu dan tak tahu maka selidiki lah dahulu jangan dok terus terima atau bakul sampahkan...!!!

Lebih-lebih lagi kalau ia berkaitan dengan hal ehwal agama. Korang... bila ada saja orang bagitau hal agama yang korang tak pernah dengar, mula lah nak sangkal dengan tanya tahu dari ustaz mana? Nas mana? Hadis mana?

Korang ingat semua orang yang bagitau tu hafal ke hadis atau nas atau nama ustaz yang diorang dengar? Kebanyakkan amalan agama yang korang buat pun taklid buta jer... takde pulak korang nak kukuhkan dengan nas atau hadis mana-mana kan.

Kalau ada kawan ke, sedara ke, orang tepi jalan ke, yang bagitau korang hal-hal agama yang korang tak pernah dengar... korang senyap sudah lah. Lepas tu balik rumah korang selidik lah sendiri jangan dok buat senyap jer. Dan sesusah itu kalau korang dah selidik dan bertanya pada yang lebih arif. Kalau confirm bercanggah dan salah jadi tak payah lah ikut...

Yang jadi masalahnya... Bagaimana kalau apa yang diorang sampaikan itu pekara betul. Wajib lagi tu. Dan korang pulak sebab tak pernah dengar, maka korang buat tak tahu jer, malas nak selidik. Sedangkan kebenaran telah sampai kepada korang. Hah!... menjawab lah korang kat akhirat esok sebab bakul sampahkan kebenaran yang telah disampaikan pada korang.

Fikir-fikrkan lah eak...

Mamat Bodoh Yang Perasan Betul



Kes Pertama

Aku sedang memecut kereta 120km/j sebab lambat ke tempat kerja. Sampai satu simpang aku belok ke kiri tetiba ada sekor mamat berdiri tengah jalan laluan aku menghadap ke keretanya yang pancit di bahu jalan. Nasib baik masa ambil selekoh tadi aku dah kurangkan laju. kalau tidak aku rasa dah melayang mamat ni masuk parit kena rempuh dengan aku. Dah lah tak letak apa-apa isyarat yang boleh orang tahu kereta buruknya tu rosak.

Yang bengongnya... mamat ni tak bergerak pun tengok kereta aku lalu. Aku pulak yang terpaksa ambik jalan sebelah kanan untuk elak mamat bengong ni. Masa aku lalu sebelah aku pandanglah ke arah dia dengan muka tak puas hati aku. Boleh plak mamat tu buat selamba jer... geram aku... Lepas berlalu aku tengok-tengok guna cermin pandang belakang kot-kot ada kereta yang berhenti tolong atau berhenti sebab tersadung mamat tu.

Kes Kedua

Yang ini berlaku di jalan kampung... Aku macam biasa petang ambil anak aku dari rumah pengasuh. Jalan masuk kampung rumah pengasuh aku ni kecil jer. Muat-muat satu kereta jer. klu bertembung salah sorang kena berhenti dulu untuk bagi laluan kereta satu lagi. Nak jadikan cerita masa aku masa aku dok pandu kereta pelahan-lahan. Ntah dari semak mana muncul sorang mamat ni tetiba melintas bodoh depan kereta aku... aku pun break lah emergency... mamat tu perasan yang kereta aku hampir nak langgar dia. Boleh plak dia buat muka macam nak marah kat aku. Nasib baik dia blah macam tu jer. Kalau dia datang sound aku tadi mau aku bertumbuk dengan dia... Besar kereta aku takkan ko tak nampak mamat ooii....

Kes Ketiga

Berlaku ketika hendak hantar kawan aku ke lapangan terbang... Aku pandu laju gak lah. Jalan yang aku lalui itu bukan highway tapi ada 2 line. Jadi boleh lah aku pecut sikit kat line kanan. Yang ini memang aku kata Allah masih sayang aku dan mamat tu lah. Tiba-tiba dua ekor mamat yang entah dari mana muncul melintas depan aku sambil tolak motorsikal. Aku break emergency sampai terseret tayar kereta. Terkejut beruk aku buat sementara waktu. Mamat dua ekor tu pun terkejut beruk gak. Yang bodohnya mamat dua ekor tu boleh plak gelak-gelak sambil beredar pergi. Sempat kawan dia angkat tanda tangan mintak maaf... Maaf korok mu... kalau aku langgar ko tadi boleh melambung ko tu.

Antara Dakwah dan Kerjaya



Satu hari ada kumpulan tabligh bertamu ke rumah aku bercerita tentang keindahan islam. Aku pun dengar dengan kusyuknya... sebab aku memang suka dengar cerita agama ni... heh heh

Sebaik habis, mereka pun menjemput aku ke surau berdekatan bersama-sama kerana ada ceramah agama yang mereka anjurkan. Kebetulan... (Dan memang kebetulan) pada petang itu dirumah hanya aku dan anak aku yang berusia 5 bulan sahaja yang ada. Jadi tidak dapatlah aku mengikuti mereka untuk sama-sama berjuang mencari keredhaan Allah s.w.t.

Teringat pula aku pada satu peristiwa dimana ia berlaku hampir 5 tahun dulu. Ada satu kumpulan pejuang agama datang bertamu ke bilik asrama aku. Mereka dengan semangatnya bercerita tentang jihad kepada aku. Kebetulan dalam kalangan mereka ada seorang member yang aku kenali. Rupanya mamat ni dah ada geng baru patut lah jarang dah lepak dengan aku...

Selepas habis diorang bercerita, mereka pun ajak aku join kumpulan diorang bersama-sama dalam berjuang ke jalan Allah s.w.t. Aku dengan sopan menolak pelawaan diorang kerana aku masih belum kenal kumpulan apa yang mereka ni join. Aku tanya kumpulan apa yang diorang join, diorang tak mahu jawab pula tapi mahu aku join. Apa jadah... Kalau ko tak tahu apa ada dalam lobang tu, berani ke ko nak terjun ke dalam lobang tu? lebih kurang macam tu lah.

Sebaik habis, mereka pun sudah lama berlalu pergi. Tiba-tiba member aku yang dah join diorang ni datang pada aku dan berkata...

"Abg senior aku tadi kata ko macam orang kafir quraisy, Yea lah bila Rasulullah SAW bagi dakwah macam-macam diorang tanya tapi tak mahu join pun. Mcm ko lah" Bagitau member aku.

Terkejut beruk aku mendengarnya... Mendidih hati aku, mahu saja aku pergi cari dan tampar kapit muka mamat berlagak alim tu. Nasib baik masih ada lagi kesabaran dalam hati aku ni. Aku pun bagitau kat member aku...

"Orang yang cakap orang lain kafir, kalau tidak benar maka orang yang bercakap itu lah yang akan jadi kafir."

Macam tu jer lah aku boleh cakap, malas nak lebih-lebih. Member aku pun berlalu pergi.

Apa sebenarnya point aku nak tulis ni... heh heh

Pointnya...

Agama Islam adalah agama dakwah. Maka memang kewajipan kita sebagai umat Islam agar menyebarkan Islam ini ke seluruh muka bumi ini. Dua kisah yang aku ceritakan tadi adalah mengenai bagaimana cara mereka berdakwah, betul atau salah korang nilai sendiri lah... Cara kita berdakwah ada macam-macam. Macam mana cara-cara itu korang cari sendiri lah dalam internet tak pun belajar dengan ustaz dan alim ulama itu lagi bagus.

Ustaz aku masa sekolah dulu pernah bagitau aku nikmat paling besar kita dapat bukan lah kesihatan baik atau sebab kita dok malaysia. Tapi nikmat yang paling besar sekali adalah Nikmat Islam. Kerana nikmat itu lah maka kita semua orang Islam akan dapat masuk syurga akhirnya...

Jadi kenapa kita nak kedekut dengan nikmat yang kita ada ni. Apa salahnya kita kongsi dengan mereka yang belum lagi merasai nikmat Islam ini. Biar kita semua masuk syurga yang indah ini.

Nak kongsi maka kena lah berdakwah... Bunyi aje nak berdakwah maka ramai yang dah fikir bukan-bukan. Ingat nak dakwah kena pakai serban kopiah ke baru boleh dakwah. Kena belajar agama tinggi-tinggi dulu ke baru boleh berdakwah. Habis kalau macam tu orang yang kerja tukang sapu sampah, jaga jamban tak boleh berdakwah lah yea.

Tabligh tu bukan semuanya pandai agama pun. Ada yang saja-saja ikut sebab nak mendekatkan diri pada Allah. Tapi mereka giat berdakwah... Begitu juga pendakwah-pendakwah bebas yang datang pada kita menerangkan keindahan islam pada kita walaupun kita ini dah pun Islam...

Tapi jangan pula kita kutuk cara orang lain berdakwah... Biarlah mereka dengan cara mereka...  Dah ko tak nak ikut cara diorang berdakwah. Dan kononnya ko ada cara sendiri nak berdakwah... Maka ikut lah cara ko. Dan kita berdoa lah agar kita pun dimasukkan dalam golongan yang berjuang di jalan Allah...

Dan mereka yang berkenaan pun (Malas nak cakap sapa) jangan lah kutuk-kutuk atau terus cop orang itu takde hidayat sebab tak mahu ikut kumpulan korang untuk sama-sama berjuang di jalan Allah. Kita mana tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Bersangka baik pada orang lain lagi mulia dari perasan diri tu baik.

Macam aku bagitau tadi. Agama Islam adalah agama dakwah, jadi semua orang wajib berdakwah. Zaman Rasulullah dulu pun sebaik sahabat masuk islam terus beliau balik ke kampunag halaman berdakwah pada penduduk kampung mereka.

Kita berdakwah lah ikut kemampuan yang kita ada. Dalam masa yang sama kita belajar apa yang kita tidak tahu. Kalau benda itu kita tahu.... kita sebarkan... Kalau benda itu kita tak tahu maka kita rujuk lah pada yang lebih tahu... Bukannya buat senyap.

Kita umat Islam sebenarnya priority hidup kita selain bertakwa kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam, adalah berdakwah. Yang kedua baru kerjaya. Ini tak kerjaya nombor satu... Dakwah jadi nombor entah ke berapa...

Jadi siapa pun kita, Dimana pun kita berada, apa pun yang tengah kita lakukan sekarang, maka kita kena lah ingat bahawa kita ada tanggunjawab sebagai pendakwah. (Aku ingat kan untuk korang dan juga untuk aku sendiri)

"Bang... saya kerja kilang kul 7 pagi masuk, kul 7 ptg balik. Balik umah kena jaga anak isteri pulak. Macam mana saya nak berdakwah?" Kan aku dah bagitau... Berdakwah ada bamyak cara. Ko pergi kantin makan ramai-ramai masa rehat. Ko baca Bismillah kuat-kuat dan doa makan kuat-kuat itu pun boleh jadi salah satu cara ko nak berdakwah.

Asalkan orang nak orang tahu ko tu Islam. Dan mereka tengok bahawa rupanya macam ni cara hidup orang Islam. Maka ko sudah menjalankan satu dakwah... Senangkan...

Akhir kata...

Kerja itu penting... kalau tak kerja macam mana nak hidup kan. Tapi dakwah itu lagi penting. Jadi kena lah buat. Nak buat macam mana itu terpulang pada korang lah. Janji antara dakwah dan kerja ko tahu mana satu yang utama. Jadi kalau ada sesapa kata ko kapir sebab ko tak join diorang berdakwah di jalan Allah. Ko ada jawapan nak jawab kat Akhirat nanti... hu hu hu...

"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


(Surah : Al-'Asr)


p/s: Kenapa aku tak kata solat 5 waktu, puasa, zakat, haji tu pun penting gak? Sbb hanya orang bodoh je yang tak tahu.... ha ha ha...

Orang Kita siri 1



Petang itu aku pergi ke Cawangan Celcom kerana masalah Celcom Broadband aku. Aku dikenakan caj 10sen/10kb yang menyebabkan bulan itu bill celcom aku sampai RM250. Masa aku call operator servis diorang kata ada masalah teknikal dan meminta aku ke Cawangan Celcom berdekatan... Mangkuk punya celcom. Buang duit aku jer...

Dekat kaunter tu adalah sorang mamat celcom ni... sebaik aku duduk depan dia. Dia pun ambil alat soal selidik (macam frame gambar digital) tentang tahap kepuasan pelanggan yang sepatutnya aku sendiri yang isi. Muka mamat tu selamba jer tolong isikan untuk aku. Dah lah belum buat apa-apa pun lagi tentang masalah aku ni. Sebab malas nak cari pasal aku buat tak tahu jelah. Nasib baik lah dia dapat selesaikan masalah aku. Pointnya apa jadah ko sendiri yang isi borang soal selidik tentang tahap kepuasan aku terhadap layanan ko...?