Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Indahnya Syurga



Kalau kita cakap tentang syurga tentu orang akan tanya "ko dah cukup ke amal nak ke sana tu?"

Bila kita dengar orang kata tentang syurga kita akan fikir "layak ke aku nak ke sana?" Lepas fikir macam tu seminit dua... kita pun ambik remote TV bukak astro channel star world tengok American Next Top Model.

Aku tengok sekarang jarang sangat orang berbicara tentang nikmat syurga... Dalam ceramah-ceramah agama pun sudah kurang ditekankan tentang syurga dan nikmat syurga. Sedangkan masa Rasulullah berdakwah dulu setiap kali Baginda ceritakan tentang kebaikan yang perlu dilakukan oleh umatnya pasti akan diceritakan tentang balasan syurga yang akan umatnya dapat.

Nikmat syurga yang baginda ceritakan bukanlah sebagai sogokan supaya taat kepada perintah Allah s.w.t tapi sebagai penguat iman untuk para umatnya. Dengan bercerita tentang Syurga dan Neraka yang orang masih hidup ini belum pernah saksikan lagi pasti akan mengoyahkan iman sesiapa sahaja yang mendengarnya. Diceritakan pula tentang keindahan-keindahan yang ada dalam syurga. Di dalam syurga ada 4 batang sungai mengalir dengan setiapnyai itu daripada Air Tawar, Madu, Susu, dan Arak.Semuanya boleh diminum. Ada bidadari yang ramai yang boleh kita sentuh sesuka hati... Ditingkatkan tenaga batin, muda sentiasa, tidak akan mati lagi selama-lamanya. Bagi mereka yang tidak beriman padaNya, cerita nikmat syurga itu tak ubah seperti cerita dongeng untuk mengembirakan mereka yang hidup susah.

Jika kita tanya anak-anak sekarang apakah balasan syurga yang anda dapat jika taat kepada ibubapa? tentu ada yang tidak dapat menjawabnya. Ibubapa sekarang pun sudah jarang menceritakan tentang balasan syurga dan neraka dalam mendidik anak. Apakah ibubapa sudah rasa bahawa bercerita tentang syurga dan keindahan syurga itu sudah ketinggalan zaman? Atau rasa macam cerita dongeng yang mana anak kita akan menolaknya mentah-mentah? Iman seseorang itu bukan kita yang tentukan, tapi tanpa ilmu bagaimana kita ingin menguatkan iman? Kita wajib beriman pada syurga dan neraka. Maka menjadi kewajipan kepada kita jugalah mendidik anak-anak kita supaya mengenali syurga dan neraka sedekat-dekatnya.

Hari ini ramai orang lebih gemar mengaitkan sesuatu amal kebaikan dengan tahap kesedaran sivil yang mana kita berbuat amal kebaikan adalah kerana kita mempunyai kesedaran sivil yang tinggi. Sehingga kita lupa bahawa kesedaran sivil itu adalah satu istilah yang dicipta oleh orang bukan islam yang tidak percayakan balasan syurga dan neraka. Semakin lama anak-anak dikaitkan antara amal kebaikan dengan kesedaran sivil semakin jauh lah anak-anak itu dengan syurga. Dan suatu hari nanti segala bentuk tindakan yang anak-anak kita buat adalah kerana tahap kesedaran sivil yang mereka ada dan bukan lagi kerana Lillahi taalla...

Jika kita cintakan dunia. Hanya dunia yang kita dapat. Tapi kalau kita cintakan akhirat, dunia akan ikut bersama kita. Faham? Contoh macam ini, Jika kita berbuat baik dengan orang disekeliling kita kerana Allah taala dan kita tahu apa ganjaran syurga yang kita akan dapat. Kita akan terus melakukannya tanpa ada perasaan sia-sia dan kerana perbuatan itu kita disenangi oleh orang sekeliling. Itu lah maksud akhirat dapat dunia pun kita kan dapat.

Ceritakanlah sehebat-hebatnya tentang nikmat syurga pada anak-anak kita, pada kawan-kawan kita, pada sesiapa sahaja kita temui. Nikmat syurga itu adalah benar. Itu satu-satunya sebuah cerita dongeng yang benar yang Allah cipta untuk hamba-hambanya yang taat. Sebuah cerita yang bukan sahaja indah tapi mengasyikkan. Biar kita dipersalahkan kerana bercerita tentang keindahan syurga yang melampau itu menyebabkan orang lalai dari mengingati duniawi. Biar kita dipersalahkan kerana merosakkan minda anak-anak kecil kerana bercerita keindahan syurga yang tidak dapat diterima akal dewasa.

“Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

No comments: