Satu hari ada kumpulan tabligh bertamu ke rumah aku bercerita tentang keindahan islam. Aku pun dengar dengan kusyuknya... sebab aku memang suka dengar cerita agama ni... heh heh
Sebaik habis, mereka pun menjemput aku ke surau berdekatan bersama-sama kerana ada ceramah agama yang mereka anjurkan. Kebetulan... (Dan memang kebetulan) pada petang itu dirumah hanya aku dan anak aku yang berusia 5 bulan sahaja yang ada. Jadi tidak dapatlah aku mengikuti mereka untuk sama-sama berjuang mencari keredhaan Allah s.w.t.
Teringat pula aku pada satu peristiwa dimana ia berlaku hampir 5 tahun dulu. Ada satu kumpulan pejuang agama datang bertamu ke bilik asrama aku. Mereka dengan semangatnya bercerita tentang jihad kepada aku. Kebetulan dalam kalangan mereka ada seorang member yang aku kenali. Rupanya mamat ni dah ada geng baru patut lah jarang dah lepak dengan aku...
Selepas habis diorang bercerita, mereka pun ajak aku join kumpulan diorang bersama-sama dalam berjuang ke jalan Allah s.w.t. Aku dengan sopan menolak pelawaan diorang kerana aku masih belum kenal kumpulan apa yang mereka ni join. Aku tanya kumpulan apa yang diorang join, diorang tak mahu jawab pula tapi mahu aku join. Apa jadah... Kalau ko tak tahu apa ada dalam lobang tu, berani ke ko nak terjun ke dalam lobang tu? lebih kurang macam tu lah.
Sebaik habis, mereka pun sudah lama berlalu pergi. Tiba-tiba member aku yang dah join diorang ni datang pada aku dan berkata...
"Abg senior aku tadi kata ko macam orang kafir quraisy, Yea lah bila Rasulullah SAW bagi dakwah macam-macam diorang tanya tapi tak mahu join pun. Mcm ko lah" Bagitau member aku.
Terkejut beruk aku mendengarnya... Mendidih hati aku, mahu saja aku pergi cari dan tampar kapit muka mamat berlagak alim tu. Nasib baik masih ada lagi kesabaran dalam hati aku ni. Aku pun bagitau kat member aku...
"Orang yang cakap orang lain kafir, kalau tidak benar maka orang yang bercakap itu lah yang akan jadi kafir."
Macam tu jer lah aku boleh cakap, malas nak lebih-lebih. Member aku pun berlalu pergi.
Apa sebenarnya point aku nak tulis ni... heh heh
Pointnya...
Agama Islam adalah agama dakwah. Maka memang kewajipan kita sebagai umat Islam agar menyebarkan Islam ini ke seluruh muka bumi ini. Dua kisah yang aku ceritakan tadi adalah mengenai bagaimana cara mereka berdakwah, betul atau salah korang nilai sendiri lah... Cara kita berdakwah ada macam-macam. Macam mana cara-cara itu korang cari sendiri lah dalam internet tak pun belajar dengan ustaz dan alim ulama itu lagi bagus.
Ustaz aku masa sekolah dulu pernah bagitau aku nikmat paling besar kita dapat bukan lah kesihatan baik atau sebab kita dok malaysia. Tapi nikmat yang paling besar sekali adalah Nikmat Islam. Kerana nikmat itu lah maka kita semua orang Islam akan dapat masuk syurga akhirnya...
Jadi kenapa kita nak kedekut dengan nikmat yang kita ada ni. Apa salahnya kita kongsi dengan mereka yang belum lagi merasai nikmat Islam ini. Biar kita semua masuk syurga yang indah ini.
Nak kongsi maka kena lah berdakwah... Bunyi aje nak berdakwah maka ramai yang dah fikir bukan-bukan. Ingat nak dakwah kena pakai serban kopiah ke baru boleh dakwah. Kena belajar agama tinggi-tinggi dulu ke baru boleh berdakwah. Habis kalau macam tu orang yang kerja tukang sapu sampah, jaga jamban tak boleh berdakwah lah yea.
Tabligh tu bukan semuanya pandai agama pun. Ada yang saja-saja ikut sebab nak mendekatkan diri pada Allah. Tapi mereka giat berdakwah... Begitu juga pendakwah-pendakwah bebas yang datang pada kita menerangkan keindahan islam pada kita walaupun kita ini dah pun Islam...
Tapi jangan pula kita kutuk cara orang lain berdakwah... Biarlah mereka dengan cara mereka... Dah ko tak nak ikut cara diorang berdakwah. Dan kononnya ko ada cara sendiri nak berdakwah... Maka ikut lah cara ko. Dan kita berdoa lah agar kita pun dimasukkan dalam golongan yang berjuang di jalan Allah...
Dan mereka yang berkenaan pun (Malas nak cakap sapa) jangan lah kutuk-kutuk atau terus cop orang itu takde hidayat sebab tak mahu ikut kumpulan korang untuk sama-sama berjuang di jalan Allah. Kita mana tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Bersangka baik pada orang lain lagi mulia dari perasan diri tu baik.
Macam aku bagitau tadi. Agama Islam adalah agama dakwah, jadi semua orang wajib berdakwah. Zaman Rasulullah dulu pun sebaik sahabat masuk islam terus beliau balik ke kampunag halaman berdakwah pada penduduk kampung mereka.
Kita berdakwah lah ikut kemampuan yang kita ada. Dalam masa yang sama kita belajar apa yang kita tidak tahu. Kalau benda itu kita tahu.... kita sebarkan... Kalau benda itu kita tak tahu maka kita rujuk lah pada yang lebih tahu... Bukannya buat senyap.
Kita umat Islam sebenarnya priority hidup kita selain bertakwa kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam, adalah berdakwah. Yang kedua baru kerjaya. Ini tak kerjaya nombor satu... Dakwah jadi nombor entah ke berapa...
Jadi siapa pun kita, Dimana pun kita berada, apa pun yang tengah kita lakukan sekarang, maka kita kena lah ingat bahawa kita ada tanggunjawab sebagai pendakwah. (Aku ingat kan untuk korang dan juga untuk aku sendiri)
"Bang... saya kerja kilang kul 7 pagi masuk, kul 7 ptg balik. Balik umah kena jaga anak isteri pulak. Macam mana saya nak berdakwah?" Kan aku dah bagitau... Berdakwah ada bamyak cara. Ko pergi kantin makan ramai-ramai masa rehat. Ko baca Bismillah kuat-kuat dan doa makan kuat-kuat itu pun boleh jadi salah satu cara ko nak berdakwah.
Asalkan orang nak orang tahu ko tu Islam. Dan mereka tengok bahawa rupanya macam ni cara hidup orang Islam. Maka ko sudah menjalankan satu dakwah... Senangkan...
Akhir kata...
Kerja itu penting... kalau tak kerja macam mana nak hidup kan. Tapi dakwah itu lagi penting. Jadi kena lah buat. Nak buat macam mana itu terpulang pada korang lah. Janji antara dakwah dan kerja ko tahu mana satu yang utama. Jadi kalau ada sesapa kata ko kapir sebab ko tak join diorang berdakwah di jalan Allah. Ko ada jawapan nak jawab kat Akhirat nanti... hu hu hu...
"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah : Al-'Asr)
p/s: Kenapa aku tak kata solat 5 waktu, puasa, zakat, haji tu pun penting gak? Sbb hanya orang bodoh je yang tak tahu.... ha ha ha...
No comments:
Post a Comment