Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Antara Buang Bayi dan Adat Melayu



Dah lama aku nak mengulas tentang kes buang bayi ni. Rata-rata kes buang bayi adalah di kalangan remaja melayu. Walaupun kes buang anak ni dah lama tapi macam takde tanda-tanda ia akan berakhir.

Kenapa mereka sanggup melakukannya... Bila kita cakap orang melayu pasti secara atomatik kita akan kata mereka adalah orang Islam. Apakah mereka tidak tahu bahawa membunuh merupakan dosa yang amat besar.

Pendapat aku. Kenapa remaja melayu sanggup melakukan perbuatan membuang bayi adalah kerana budaya melayu kita sendiri. Mereka sanggup memilih jalan yang keji kerana keterlanjuran mereka sendiri daripada memilih jalan yang lebih baik seperti berbincang dengan ibu bapa atau keluarga terdekat.

Mengapa aku berkata sedemikian pasti ada suara yang tidak setuju dengan pendapat aku ini. Pasti ada juga suara akan kata mereka sanggup buang bayi adalah kerana kurang didikan agama. Ok... Aku setuju tapi kenapa kaum lain yang beragama bukan Islam tidak ada masalah kes buang bayi sehebat remaja melayu? Sedangkan mereka langsung tiada didikan agama Islam. Adakah kau ingin kata didikan agama diorang lagi sempurna? Satu lagi jika remaja kita ini kuat didikan agama Islam bukan sahaja masalah buang bayi ini sahaja tiada. Malah kes hubungan luar nikah juga tidak akan menjadi satu isu.

Ini merupakan pengalaman aku bermaustatin di Sarawak dan bergaul dengan masyarakat Iban yang majoritinya adalah beragama Kristian. Kisah remaja di sini sama seperti kisah remaja melayu di semenanjung. Hubungan luar nikah dan remaja perempuan mengandung juga menjadi isu di sini. Namun kes buang bayi seolah tidak pernah aku kedengaran. Di sini remaja yang mengandung anak luar nikah akan datang kepada ibu bapanya supaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Di sekolah ibubapa datang memberitahu bahawa anaknya tidak dapat hadir lagi ke sekolah kerana mengandung. Dan di hospital ibubapa menemani anaknya yang ingin bersalin anak luar nikah.

Aku dapat simpulkan disini budaya melayu yang memegang kuat pepatah 'Biar mati anak jangan mati adat' dan ditambah sikap para ibubapa yang tidak mahu mendengar masalah anak-anak mereka adalah penyebab sebenar kepada masalah ini. Anak-anak remaja melayu sanggup membuang bayi daripada memberitahu hal sebenar kepada ibubapa mereka kerana tidak mahu ibubapa mereka menangung malu dan menghalau mereka.

Didikan agama yang kurang menyebabkan mereka terlanjur dalam perbuatan mereka. Dan kerana adat melayu mereka terus memilih jalan yang salah dengan melakukan pembunuhan.

Selagi kita tidak ubah cara kita berfikir selagi itu masalah ini tidak akan selesai...

No comments: