
Islam dan Sains

Kebetulan kah itu?

Selamat Hari Guru

Dulu dan Sekarang

Selamat Hari Jururawat

Pelaburan Emas Halal atau Haram?

Sempena dengan kenaikan emas yang tinggi dan kejatuhan nilai US dollar pada hari ini, aku nak bincang sedikit tentang satu pelaburan yang amat menguntungkan, iaitu pelaburan emas. Aku bukan nak bagi hukum pelaburan emas itu halal atau haram. Aku bukan ustaz atau alim ulamak. Aku hanya mahu bincangkan saja. Kalau tak puas hati tanya diorang sendiri...
kita tengok secara asasnya memang jual beli emas adalah sah dan halal. Ada sesetengah orang mengunakan hadith dalam mengukuhkan bahawa pelaburan emas ini sah dan halal. Korang cari sendiri lah eak...
Kenapa..? Sebab nilai yang amat stabil lah kawan weii... Korang pergi lah kat planet mana pun emas tetap kena rompak. Tapi kalau korang bawak duit malaysia kat Antartika, agak2 ada orang nak rompak tak?
Apa hukum perlaburan mata wang yang melibatkan tempoh masa eak... Aku tak tahu lah hik hik....
Note sekali lagi: Pelaburan mata wang semestinya melibatkan suatu tempoh masa. Ada beza antara 'pelaburan mata wang asing' dengan 'pertukaran mata wang asing'.
Korang tahu tak dulu bahawa US dollar bersandar pada emas? Dan sekarang diorang juga yang haramkan mana-mana wang negara di sandarkan pada emas? Diorang tak bagi korang jadikan emas jadi mata wang, nak tahu kenapa? cari sendiri...
Apa itu Sufi?

Aku hendak cerita bahawa setiap sesuatu perbuatan atau pekara ada matlamat untuk di capai.
Ulasan The Arrival (Dajjal)

Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir. (Al-Anfaal 8:18)
Ini adalah ulasan tentang sebuah cerita yang boleh dikategorikan sebagai dokumentasi terlampau... Dan ia tiada kena mengena langsung dengan filem The Arrival lakonan Charlie Sheen.
Kategori cerita.... Sebuah cerita yang menarik, namun tidak sesuai untuk tontonan umum dan boleh dikategorikan sebagai 18PL (kerana mempunyai tahap falsampah yang tinggi) sehingga boleh memecahkan kepala hotak kanak-kanak bawah umur.
Bagi mereka yang 18 tahun ke atas, ia sesuai untuk ditonton beramai-ramai samada dirumah atau pun di tempat kerja sewaktu bos anda tiada di pejabat.
Berkenaan jalan cerita pula... Banyak sangat scene ulangan yang menyebabkan anda perlu bawa gula-gula ketika menontonnya kerana ada bahagian yang akan berulang-ulang sehingga anda rasa nak muntah atas member anda.
Pengaruh kepada masyarakat... Amat kuat sekali... sehingga ada yang tidak tidur malam memikirkannya.
Kesimpulan... selamat mendownload, selamat menonton dan selamat makan gula-gula.
Mamat Bodoh Yang Perasan Betul

Kes Pertama
Aku sedang memecut kereta 120km/j sebab lambat ke tempat kerja. Sampai satu simpang aku belok ke kiri tetiba ada sekor mamat berdiri tengah jalan laluan aku menghadap ke keretanya yang pancit di bahu jalan. Nasib baik masa ambil selekoh tadi aku dah kurangkan laju. kalau tidak aku rasa dah melayang mamat ni masuk parit kena rempuh dengan aku. Dah lah tak letak apa-apa isyarat yang boleh orang tahu kereta buruknya tu rosak.
Yang bengongnya... mamat ni tak bergerak pun tengok kereta aku lalu. Aku pulak yang terpaksa ambik jalan sebelah kanan untuk elak mamat bengong ni. Masa aku lalu sebelah aku pandanglah ke arah dia dengan muka tak puas hati aku. Boleh plak mamat tu buat selamba jer... geram aku... Lepas berlalu aku tengok-tengok guna cermin pandang belakang kot-kot ada kereta yang berhenti tolong atau berhenti sebab tersadung mamat tu.
Kes Kedua
Yang ini berlaku di jalan kampung... Aku macam biasa petang ambil anak aku dari rumah pengasuh. Jalan masuk kampung rumah pengasuh aku ni kecil jer. Muat-muat satu kereta jer. klu bertembung salah sorang kena berhenti dulu untuk bagi laluan kereta satu lagi. Nak jadikan cerita masa aku masa aku dok pandu kereta pelahan-lahan. Ntah dari semak mana muncul sorang mamat ni tetiba melintas bodoh depan kereta aku... aku pun break lah emergency... mamat tu perasan yang kereta aku hampir nak langgar dia. Boleh plak dia buat muka macam nak marah kat aku. Nasib baik dia blah macam tu jer. Kalau dia datang sound aku tadi mau aku bertumbuk dengan dia... Besar kereta aku takkan ko tak nampak mamat ooii....
Kes Ketiga
Berlaku ketika hendak hantar kawan aku ke lapangan terbang... Aku pandu laju gak lah. Jalan yang aku lalui itu bukan highway tapi ada 2 line. Jadi boleh lah aku pecut sikit kat line kanan. Yang ini memang aku kata Allah masih sayang aku dan mamat tu lah. Tiba-tiba dua ekor mamat yang entah dari mana muncul melintas depan aku sambil tolak motorsikal. Aku break emergency sampai terseret tayar kereta. Terkejut beruk aku buat sementara waktu. Mamat dua ekor tu pun terkejut beruk gak. Yang bodohnya mamat dua ekor tu boleh plak gelak-gelak sambil beredar pergi. Sempat kawan dia angkat tanda tangan mintak maaf... Maaf korok mu... kalau aku langgar ko tadi boleh melambung ko tu.
Indahnya Syurga

Kalau kita cakap tentang syurga tentu orang akan tanya "ko dah cukup ke amal nak ke sana tu?"
Bila kita dengar orang kata tentang syurga kita akan fikir "layak ke aku nak ke sana?" Lepas fikir macam tu seminit dua... kita pun ambik remote TV bukak astro channel star world tengok American Next Top Model.
Aku tengok sekarang jarang sangat orang berbicara tentang nikmat syurga... Dalam ceramah-ceramah agama pun sudah kurang ditekankan tentang syurga dan nikmat syurga. Sedangkan masa Rasulullah berdakwah dulu setiap kali Baginda ceritakan tentang kebaikan yang perlu dilakukan oleh umatnya pasti akan diceritakan tentang balasan syurga yang akan umatnya dapat.
Nikmat syurga yang baginda ceritakan bukanlah sebagai sogokan supaya taat kepada perintah Allah s.w.t tapi sebagai penguat iman untuk para umatnya. Dengan bercerita tentang Syurga dan Neraka yang orang masih hidup ini belum pernah saksikan lagi pasti akan mengoyahkan iman sesiapa sahaja yang mendengarnya. Diceritakan pula tentang keindahan-keindahan yang ada dalam syurga. Di dalam syurga ada 4 batang sungai mengalir dengan setiapnyai itu daripada Air Tawar, Madu, Susu, dan Arak.Semuanya boleh diminum. Ada bidadari yang ramai yang boleh kita sentuh sesuka hati... Ditingkatkan tenaga batin, muda sentiasa, tidak akan mati lagi selama-lamanya. Bagi mereka yang tidak beriman padaNya, cerita nikmat syurga itu tak ubah seperti cerita dongeng untuk mengembirakan mereka yang hidup susah.
Jika kita tanya anak-anak sekarang apakah balasan syurga yang anda dapat jika taat kepada ibubapa? tentu ada yang tidak dapat menjawabnya. Ibubapa sekarang pun sudah jarang menceritakan tentang balasan syurga dan neraka dalam mendidik anak. Apakah ibubapa sudah rasa bahawa bercerita tentang syurga dan keindahan syurga itu sudah ketinggalan zaman? Atau rasa macam cerita dongeng yang mana anak kita akan menolaknya mentah-mentah? Iman seseorang itu bukan kita yang tentukan, tapi tanpa ilmu bagaimana kita ingin menguatkan iman? Kita wajib beriman pada syurga dan neraka. Maka menjadi kewajipan kepada kita jugalah mendidik anak-anak kita supaya mengenali syurga dan neraka sedekat-dekatnya.
Hari ini ramai orang lebih gemar mengaitkan sesuatu amal kebaikan dengan tahap kesedaran sivil yang mana kita berbuat amal kebaikan adalah kerana kita mempunyai kesedaran sivil yang tinggi. Sehingga kita lupa bahawa kesedaran sivil itu adalah satu istilah yang dicipta oleh orang bukan islam yang tidak percayakan balasan syurga dan neraka. Semakin lama anak-anak dikaitkan antara amal kebaikan dengan kesedaran sivil semakin jauh lah anak-anak itu dengan syurga. Dan suatu hari nanti segala bentuk tindakan yang anak-anak kita buat adalah kerana tahap kesedaran sivil yang mereka ada dan bukan lagi kerana Lillahi taalla...
Jika kita cintakan dunia. Hanya dunia yang kita dapat. Tapi kalau kita cintakan akhirat, dunia akan ikut bersama kita. Faham? Contoh macam ini, Jika kita berbuat baik dengan orang disekeliling kita kerana Allah taala dan kita tahu apa ganjaran syurga yang kita akan dapat. Kita akan terus melakukannya tanpa ada perasaan sia-sia dan kerana perbuatan itu kita disenangi oleh orang sekeliling. Itu lah maksud akhirat dapat dunia pun kita kan dapat.
Ceritakanlah sehebat-hebatnya tentang nikmat syurga pada anak-anak kita, pada kawan-kawan kita, pada sesiapa sahaja kita temui. Nikmat syurga itu adalah benar. Itu satu-satunya sebuah cerita dongeng yang benar yang Allah cipta untuk hamba-hambanya yang taat. Sebuah cerita yang bukan sahaja indah tapi mengasyikkan. Biar kita dipersalahkan kerana bercerita tentang keindahan syurga yang melampau itu menyebabkan orang lalai dari mengingati duniawi. Biar kita dipersalahkan kerana merosakkan minda anak-anak kecil kerana bercerita keindahan syurga yang tidak dapat diterima akal dewasa.
“Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Antara Buang Bayi dan Adat Melayu

Dah lama aku nak mengulas tentang kes buang bayi ni. Rata-rata kes buang bayi adalah di kalangan remaja melayu. Walaupun kes buang anak ni dah lama tapi macam takde tanda-tanda ia akan berakhir.
Kenapa mereka sanggup melakukannya... Bila kita cakap orang melayu pasti secara atomatik kita akan kata mereka adalah orang Islam. Apakah mereka tidak tahu bahawa membunuh merupakan dosa yang amat besar.
Pendapat aku. Kenapa remaja melayu sanggup melakukan perbuatan membuang bayi adalah kerana budaya melayu kita sendiri. Mereka sanggup memilih jalan yang keji kerana keterlanjuran mereka sendiri daripada memilih jalan yang lebih baik seperti berbincang dengan ibu bapa atau keluarga terdekat.
Mengapa aku berkata sedemikian pasti ada suara yang tidak setuju dengan pendapat aku ini. Pasti ada juga suara akan kata mereka sanggup buang bayi adalah kerana kurang didikan agama. Ok... Aku setuju tapi kenapa kaum lain yang beragama bukan Islam tidak ada masalah kes buang bayi sehebat remaja melayu? Sedangkan mereka langsung tiada didikan agama Islam. Adakah kau ingin kata didikan agama diorang lagi sempurna? Satu lagi jika remaja kita ini kuat didikan agama Islam bukan sahaja masalah buang bayi ini sahaja tiada. Malah kes hubungan luar nikah juga tidak akan menjadi satu isu.
Ini merupakan pengalaman aku bermaustatin di Sarawak dan bergaul dengan masyarakat Iban yang majoritinya adalah beragama Kristian. Kisah remaja di sini sama seperti kisah remaja melayu di semenanjung. Hubungan luar nikah dan remaja perempuan mengandung juga menjadi isu di sini. Namun kes buang bayi seolah tidak pernah aku kedengaran. Di sini remaja yang mengandung anak luar nikah akan datang kepada ibu bapanya supaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Di sekolah ibubapa datang memberitahu bahawa anaknya tidak dapat hadir lagi ke sekolah kerana mengandung. Dan di hospital ibubapa menemani anaknya yang ingin bersalin anak luar nikah.
Aku dapat simpulkan disini budaya melayu yang memegang kuat pepatah 'Biar mati anak jangan mati adat' dan ditambah sikap para ibubapa yang tidak mahu mendengar masalah anak-anak mereka adalah penyebab sebenar kepada masalah ini. Anak-anak remaja melayu sanggup membuang bayi daripada memberitahu hal sebenar kepada ibubapa mereka kerana tidak mahu ibubapa mereka menangung malu dan menghalau mereka.
Didikan agama yang kurang menyebabkan mereka terlanjur dalam perbuatan mereka. Dan kerana adat melayu mereka terus memilih jalan yang salah dengan melakukan pembunuhan.
Selagi kita tidak ubah cara kita berfikir selagi itu masalah ini tidak akan selesai...
Bagaimana Belajar Berfikir

Semua orang boleh berfikir. Tapi tidak semua orang tahu teknik berfikir dengan betul. Berfikir juga perlu ada teknik yang betul. Sebab itu di institusi-institusi tinggi ada kelas Kemahiran Berfikir.
Berfikir dengan cara yang betul akan membawa kita kearah objektif yang ingin dicapai dengan lebih baik dan berkesan. Ada banyak buku-buku yang menerangkan teknik berfikir dengan betul.
Semua orang akan kata dia mampu berfikir dengan waras. Namun ramai juga yang memilih jalan yang salah apabila menemui jalan buntu dalam masalah kehidupan mereka.
Aku heran setiap kali melihat cara anak melayu berfikir... Apa yang ada dalam kepala hotak mereka semasa mereka sebenarnya...

