Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Islam dan Sains



Ramai orang kaitkan antara Agama Islam Dengan Pengetahuan Sains. Ia bagus dalam mencari dan menunjukkan kebenaran akan agama Islam yang mulia ini.

Namun perlu kita ingat bahawa walaupun dalam Al-Quran ada menyuruh supaya kita menuntut ilmu, menyarankan kita menkaji segala ciptaanNya sama dilangit ataupun dibumi, namun apa yang Allah s.w.t. suruh adalah supaya dengan cara itu korang dapat mengukuhkan lagi iman korang yang sedia ada.

Dan dalam Al-Quran pun dah kata... Bagi orang kafir plak... Kebenaran depan mata pun mereka buat tak nampak jer... ini kan pula kebenaran yang perlu dicari.

Berbalik pada Islam dan Sains, aku sarankan kat korang kalau nak bercakap tentang Islam pada sesapa seboleh-bolehnya jangan kaitkan dengan sains. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan tentang hikmah larangan dan suruhan Allah pada kita.

Kenapa aku cakap macam tu...

Situasi mudah... Jika seorang kawan bukan Islam tanya pada korang, Kenapa orang Islam tak makan babi? Korang tak payah dok cakap yang babi tu banyak kuman, banyak penyakit, banyak cacing dan ulat dalam daging babi (siap tunjuk video youtube lagi). Nanti kawan korang itu akan buat kesimpulan sebab tu orang Islam tak makan babi rupanya... ha ha ha

lepas tu kawan korang tu jawab kat korang semula yang daging babi sekarang ni bersih daripada benda tu semua. Tempat pembelaan dah canggih, daging dah steril, dengan kata lain bersih habis dah. Korang nak kata apa...?

Kan senang... Kalau korang kata Allah swt yang perintahkan manusia (Perintah Allah swt adalah untuk seluruh umat manusia bukan orang Islam sahaja) haram makan babi.

Kalau kawan korang tanya kenapa? Jawab aje. Allah swt lebih mengetahui apa yang tidak nampak oleh kita. Senang... bunyi pun indah. Menunjukkan kita ni hidup bertuhan Allah... bukan bertuhan Sains.

Kalau kawan korang tu degil gak nak bukti kukuh... korang kata kat dia...

"Yang ko ni nak tahu sangat naper? Kalau ko nak makan sangat sup babi tu pegi aje lah sorang2..." ha ha ha...

Kenapa eak kalau boleh jangan kaitkan Sains dalam hikmah larangan dan suruhan dalam Islam?

Kerana perintah larangan dan suruhan Allah swt bukan sahaja merangkumi ilmu sains semata-mata, malah meliputi keseluruhan disiplin ilmu-ilmu yang lain seperti psikologi, sosial, politik, ekonomi dan macam-macam lagi yang kita tidak boleh capai dengan akal fikiran semata-mata. Contoh larangan berzina dan minum arak. Tentu korang dapat fikirkan dari segenap displin ilmu akan hikmah larangan tersebut... Tapi adakah orang bukan islam mahu mendengarnya?

Maha Suci Allah yang lagi Maha Mengatahui.

Korang nak tahu, Orang agama lain pun mengunakan alam dan sains untuk menunjukkan kebenaran agama diorang.

Aku ingat lagi sorang member aku tunjuk gambar2 kalimah Allah pada awan, pokok, daging, tembikai dan macam lagi lah. Hari lain datang plak member aku yang beragama Kristian tunjuk kat aku gambar2 muka jesus pada awan, tanah, dan pokok dan macam-macam lagi. Bukan setakat gambar ada beberapa video gak. Terkedu aku...

Sebab itu aku tak suka ada orang nak kaitan sains dan Islam. Nak tunjukkan kebenaran Islam dengan tunjuk gambar2. Bukan macam tu caranya... Ada banyak lagi cara lain... leh tunjukkan dengan ayat-ayat Al-Quran, Hadith2, sejarah, sirah, tanya ustaz dan ustazah...

Al-Quran ada kata malaikat yang turunkan hujan, tapi sains kata hujan terjadi kerana kitaran penyejatan di udara. Jadi mana satu yang betul? mesti korang kata dua-dua betul... Aku pun kata dua2 betul. Tapi bagaimana nak bagitau kat orang kafir yang Mikail itu yang turunkan hujan. Tentu susahkan... kalau korang cakap silap2 boleh kena gelak sebab cakap mcm budak kecik.

Tapi aku cakap senang aje. Urusan hujan itu urusan Allah... yang pengantaraanNya adalah Mikail. Kaedah penyejatan air di udara itu adalah kaedah penyebab yang Allah mahu kita saksikan bahawa alam ciptaan Allah ini amat sempurna. Cukup lah tu...

Dia nak dengar atau tidak itu hal dia... jika dia tidak puas hati juga dan nak berdebat, bagitau kat kawan korang yang degil suka berdebat ntah apa-apa tu...

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kaafiruun 109:6)

WA

Antara Haram dan Kuih Bangkit

Suspen je bunyi tajuk kan... ha ha ha

Citernya gini...

Semalam aku berkunjung ke satu pasaraya untuk beli barang-barang keperluan. Sedang asyik membelek-belek barang nak beli. Aku terpandang satu balang plastik betul2 berada bersebelahan kuih-kuih tempatan termasuklah kuih bangkit. Aku ni dah lah peminat setia kuih bangkit.

Korang nak tahu apa benda?










Haram kuih ni haram lagi orang yang letak benda haram tu kat berdekatan kuih bangkit kegemaran aku!!!

Kita dan Alam Sementer. Kebetulan atau KehendakNya?




Beberapa hari lepas aku ada tengok dokumentari tentang 'How the Universe Began', Bagaimana alam semester bermula? Seperti yang korang tahu lah kan... puak-puak free thinker barat ni tak habis-habis dok kata bahawa alam semester kita ini berlaku secara kebetulan dari satu letupan besar yang dimanakan 'Big Bang'. Korang boleh google sendiri apa itu Big Bang, citer kat sini panjang plak nanti... ha ha ha

Aku nak bagitau pada korang yang ada Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, PhD dalam ilmu sains ni. Ilmu sains yang korang amalkan tu tak lebih dari setitik dari ilmu yang Allah rahsiakan semasa Dia ciptakan alam semester ini. Setitik aje ilmu yang dia lemparkan kat bumi ni..!!

Kalau korang setakat ada setitik ilmu. Korang dah rasa hebat sangat ke? Sampai berani nak buat teori sendiri kata semua ini hanyalah kebetulan? Kalau korang rasa betul dan nak keluarkan teori sains korang untuk berbahas dengan aku. Korang buat sorang2 lah ... Aku tak minat.

Aku suka ayat ni, Mai sama-sama kita baca eak...

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk ayat 3)

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(Al-Mulk ayat 4)

Allah bagitau dah yang Dia buat alam semester ni dengan cukup lengkap... Dia susun bintang-bintang, planet-planet, bulan-bulan dengan cukup sempurna. Dia jadikan alam semester dalam keadaan yang kita lihat sekarang ini mengikut kehendakNya. Dia yang atur... Jadi kebetulan kah itu?

Jadi apa yang korang nak bagitau aku tentang hal kebetulan ni? Adakah mak korang lahir korang di atas planet bumi ini adalah suatu kebetulan. Adakah korang fikir hanya bumi ni yang ada benda hidup merupakan suatu kebetulan seperti yang mamat Stephen Hawking dok merepek-merepek tu?

Tiada istilah kebetulan dalam penciptaan dari Yang Maha Agung ini... Aku boleh senyap mulut terima kalau korang kata alam semester ini bermula dari satu letupan besar. Sebab ada surah dalam Al-Quran yang hampir selari dengan fakta itu. Tapi... yang aku tak boleh terima bila korang kata kejadian letupan itu adalah suatu kebetulan.

Kalau aku tanya apa sebelum Big Bang, mesti ada yang jawab dengan macam2 jawapan siap dengan fakta matematik lagi. Jadi aku malas nak bahas tentang soalan tu. Budak kecik pun tahu apa yang ada sebelum Big Bang... heh heh tak caya ke?

Ilmu yang betul sebenarnya membawa kita kepada Penciptanya. Namun bila hati hitam maka orang-orang yang sesat ni tak nampak kebenarannya walaupun kepala hotak tu penuh dengan ilmu.

Kebetulan kah itu?




Sebelum korang baca entry seterusnya aku nak bagi peringatan sikit. Pendapat aku ini ada unsur-unsur misteri sikit. Jadi jangan sampai korang diselubungi mesteri.... heh heh

Aku nak tanya korang... Jika korang tengok bentuk-bentuk awan di langit? Adakah ia terbentuk secara rawak? Tentu korang cakap ya kan.

Titis-titis hujan yang turun menimpa bumi. Adakah ia turun secara rawak? tentu jawapan korang sama macam tadi gak kan.

Bagaimana kalau aku kata, Angin yang bertiup, awan yang terbentuk, titis-titis hujan yang turun pada sesuatu tempat, daun-daun pokok yang jatuh pada sesuatu tempat itu semua adalah sudah diatur. Dan ia sudah diatur sejak korang belum wujud pun lagi. Sejak alam semester ini belum wujud pun lagi. hah... bagaimana tu?

Adakah korang rasa dunia ini penuh dengan kebetulan? Bagaimana kalau aku kata korang masih lagi belum kenal tuhan korang, kalau korang masih kata ada kebetukan dalam dunia ni.

Kecik-kecik dulu pernah tak korang dibagitau bahawa setiap rumput2 di bumi ada malaikat yang jaga, dan ada malaikat nama mikail yang uruskan hal awan dan hujan kat langit? Ke korang dah tak ingat? ataupun korang rasa itu hanya citer dogeng yang layak didengar untuk budak-budak kecik sahaja?

Macam aku bagitau tadi lah kalau korang kata itu hanya citer budak-budak... Maka korang masih belum kenal tuhan korang.

Kalau korang rasa macam tu... cepat-cepat bertaubat eak.

Mai aku citer sikit tentang apa itu 'Menguasai langit dan bumi'. Bila bercakap tentang menguasai langit dan bumi maka korang kena tahu bahawa istilah menguasai itu bukan menguasai seperti seorang raja menguasai ssesebuah negeri.

Ia lebih dari itu... ia adalah tentang menguasai segenap ruang, segenap masa dan segenap pekara. walhal sebutir pasir di tepi pantai sekali pun tidak terlepas di bawah kekuasaanNya. Dia saja yang boleh tetapkan kat mana tiap-tiap butir pasir tu dok mana dan buat apa tiap-tiap hari dan waktu...

Maha Suci Allah dari sifat yang lemah.

Nanti aku sambung entry ini tentang kejadian alam semester...

WA

Selamat Hari Guru



Satu-satunya hari yang diraikan oleh majoriti kakitangan kerajaan.
Diraikan hampir se-gah dengan hari-hari utama lain seperti hari pekerja, hari kebangsaan. Diingati oleh bukan sahaja guru dan pelajar itu sendiri tapi semua lapisan masyarakat. Namun ia bukanlah hari cuti am...

Wait the minute... heh heh aku bukan nak merunggut sebab tidak dibagi cuti. Guru dah banyak dah cuti... Tapi kalau nak bagi gak aku tak kisah...

Bila bercakap jasa seorang guru, tiada siapa yang mahu mempertikaikan. Namun bila ada guru mahu agar jasanya dibalas dengan sedikit imbuhan semua orang mempertikaikan. Mulalah cakap guru itu tak ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Aku tak nak ulas tentang itu.

Aku tak mahu dah dok ulang isu yang sama tentang tugas berat guru ni, tak sampai kemana pun, kalau bincang pun ada aje nanti orang pertikaikan. Kat sini aku nak cerita pandangan masyarakat terhadap guru secara umumnya. Umum selalu berpendapat tugas guru adalah tugas yang mulia. Hakikat guru dipandang mulia hanyalah dari segi tugas guru semata-mata. Bukan individu itu sendiri yang menjadi guru. Macam mana tu...?

Sebenarnya aku dah tak nampak dimana mulianya seorang guru ni... Dulu guru dianggap mulia kerana mampu membentuk peribadi atuk2 dan bapak2 korang jadi orang yang terpelajar. Sekarang guru dah kurang berjaya membentuk korang2 dan anak2 korang untuk jadi orang yang terpelajar, lalu jadilah korang semua orang kurang ajar. Kurang ajar dengan semua orang termasuk guru sendiri.

Korang sendiri tak kisah anak korang sepak terajang guru. Korang sendiri seret guru ke mahkamah. So mana mulianya guru pada korang?

Korang kata orang itu tak patut jadi guru? Masalahnya korang sorang je yang cakap dia itu tak layak jadi guru dan korang pula bukan guru. Seluruh dunia pendidikan kata dia layak jadi guru. Pelajar-pelajar diorang termasuk yang sudah tamat sekolah, semua mengakui dia yang korang seret kat mahkamah tu, yang anak2 korang sepak terajang tu mengakui dia layak menjadi seorang guru. Jadi betul ke korang masih anggap guru ini mulia?

Korang sebenarnya hanya anggap 'tugas guru' itu je yang mulia. Tapi guru itu sendiri sebenarnya tak lebih dari hanya bibik anak2 korang aje. Sebab itu korang tak rasa bersalahpun nak saman guru. Korang tanpa sedar, membezakan antara 'guru' dan 'tugas seorang guru'.

Korang tidak hormat langsung pada seorang guru. Yang korang hormat adalah tugas seorang guru. Sebab itu korang berani hentam guru yang merungut tentang masalah mereka. Kerana bagi korang 'seorang guru' tidak patut merunggut tentang masalah yang boleh mencemarkan kemuliaan 'tugas seorang guru'.

Korang lupa bahawa kemuliaan 'tugas seorang guru' dipikul oleh seorang guru. Jika korang hetam guru, sepak terajang, seret ke mahkamah, buat peraturan itu ini terhadap guru. Selama mana seorang guru itu mampu bertahan menjalankan tugas seorang guru.

Kalau korang masih nak wat pekara sama, tak mau respek seorang guru. Korang tengok lah nanti, Lama kelamaan kemuliaan 'tugas seorang guru' akan hilang dari guru itu. Dan yang tinggal hanyalah bebanan 'tugas seorang guru', bukan lagi kemuliaan. Masa bila korang perasan benda tu dah hilang? Bila anak cucu korang sepak terajang korang. ha ha ha

WA

Dulu dan Sekarang

















Aku pernah dengar cerita... Dulu masa orang putih nak serahkan tanah melayu pada orang kita. Ada dikalangan orang kita sendiri rasa ragu-ragu dengan kebolehan orang melayu untuk memerintah tanahair sendiri. Ketakutan mereka adalah munasabah kerana selama ini mereka memandang banyak jasa yang orang putih taburkan pada orang kita dulu.

Ramai Orang kita dulu tak sedar, jika nak dibandingkan hasil kekayaan bumi kita yang orang putih makan jauh lebih banyak dari balasan jasa yang diorang suapkan kembali pada orang kita dulu. Tapi kerana sedikit itu lah, maka orang kita tidak berbelah bahagi meyanjung orang putih macam raja...

Dan aku kaitkan dengan hari ini... Bila aku tanya beberapa kawan aku yang ekstreme politik ni, tentang jika kerajaan bertukar tangan. Maka mereka dengan suara yakin menyatakan bahawa kerajaan yang akan datang tidak akan mampu memerintah sebaik kerajaan sekarang. Oh.. diorang memang tak pernah belajar dari sejarah.

Mutiara kata: Sejarah membuktikan bahawa manusia tidak pernah belajar dari sejarah.

Selamat Hari Jururawat


















Aku nak ucapkan Selamat Hari Jururawat pada Isteri aku. Dan kepada semua jururawat semalaysia.... Korang semua jangan asyik nak marah pesakit jer... Diorang dah lah sakit. Korang pergi marah plak. Kesian kat pesakit tu...

Kesempatan ini aku nak cerita sikit tentang perangai buruk manusia

Salah satu perangai yang paling buruk sekali dalam diri manusia ini adalah perangai menaikan diri sendiri dengan cara menjatuhkan orang lain. Satu perangai yang buruk lagi hina. Ramai manusia bersikap macam ni. Lagi-lagi ahli politik ha ha...

Korang tidak boleh lari daripada menemui manusia macam ni... Jika nak mengelak sudah tidak dapat, bagaimana nak hadapi manusia buruk macam ini? Sini aku bagi tips bagaimana nak hadapi jenis manusia begini agar korang tidak terlalu kecewa dan rasa putus asa apabila korang menjadi mangsa nanti.

1. Pertama sekali korang kena elak menjadi mangsa keadaan. Kalau korang dah tahu ada orang berperangai macam tu, korang jangan berkawan dengan dia. Sebab jika korang dah kawan rapat kemungkinan untuk semakin kecewa adalah tinggi... heh heh

2. Bersikap rasional dan bersabar. Jika korang tiba-tiba dengar nama korang diburukkan, korang jangan cepat gelabah. Sabar... Ingat pada Allah swt. Ingat... Dia yang beri rezeki. Bukan kerja korang atau orang sekeliling korang.

3. Korang jangan jadi macam anjing... jika dengar dia menyalak... korang nak menyalak sama... Baik korang diam. Habis dia menyalak dia blah laa...

4. Ada situasi jika korang diam, orang sekeliling nampak korang yang salah... orang yang mengata korang itu yang betul. Jadi nak buat macam mana? Nak menyalak gak ke? Tak payah... Korang teruskan hidup macam biasa. Kalau korang nak tahu orang yang busuk hati ni hidup tak senang. Manusia lain tengok korang salah, tapi Allah tahu kan korang salah ke tak.

5. Ingat ia sebagai satu ujian dari Allah... Korang betul2 ke dah beriman? Haaa... masa ni lah korang boleh tahu korang dah beriman atau tidak. Sebab korang tak boleh kata korang beriman selagi korang tidak di uji. Sapa kata? bukan aku... itu dalam Quran. Cari sendirik.

6. Last sekali... Naper korang rasa tips aku bagi ni tak membantu langsung? Sebab semuanya hanya berserah... Bukan apa, kita hidup bukan lama pun. Last-lat masuk kubur habis citer. Lagipun kalau yang bercakap itu ada lebih kuasa dan wang dari korang. Apa yang korang boleh buat? Sabar aje lah.

Wassalam...

Kelebihan Berniaga Mengunakan PayPal

Aku nak share sikit dengan korang tentang satu perbankkan online yang dikenali sebagai PayPal. Aku tahu sudah banyak artikel tentang PayPal ni. Tapi aku nak share gak ilmu yang aku ada tentang PayPal sehingga korang berminat gila nak join... heh heh. Aku takde untung apa-apa pun cuma kalau berkongsi ilmu ni.. ilmu tu akan makin bertambah.

Secara asasnya PayPal adalah perniagaan e-dagang yang membolehkan pembayaran dan pemindahan wang dilakukan melalui internet. Nak lebih tahu tanya pakcik google... heh heh..

Untuk kali pertama ni aku nak citer kelebihan PayPal kepada korang yang ingin berniaga secara online mahupun fizikal.

Zaman sekarang semua orang mampu memiliki kad kredit. Dan diorang sangat selesa mengunakan kad kredit untuk membuat bayaran samada pembelian secara fizikal ataupun secara online. Ini kerana membeli mengunakan kad kredit amat mudah dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

Kebanyakkan perniaga kecil secara online mengunakan kemudahan perbankan online seperti maybank2u.com.my atau cimbclicks.com.my untuk urusan jual beli. Jadi Perniagaan mereka terhad kepada mereka yang memiliki akaun bank berkenaan sahaja. Bagi mereka tiada akaun yang sama terpaksa keluar ke bandar untuk buat deposit tunai. Leceh bukan...

Bagi korang telah lama berniaga secara online atau baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan online ni (perniagaan fizikal pun boleh gak) tentulah korang mahu kembangkan lagi perniagaan korangkan mesti korang nak sasarkan kepada semua pembeli. Jadi aku amat-amat cadangkan korang daftar paypal.

Kelebihan utama korang sebagai peniaga jika ada akaun Paypal adalah pelanggan korang boleh membuat pembayaran produk korang dengan mengunakan kad kredit!!. Hebat bukan... Korang macam ada kompeni besar je he he...

Mesti korang fikir caj yang dikenakan adalah tinggi... heh heh... Untuk daftar sebagai pemegang akaun paypal ia adalah percuma seumur hidup, caj hanya dikenakan apabila korang berjaya membuat transaksi sahaja.

Sebenarnya caj transaksi yang dikenakan boleh dikatakan rendah juga iaitu 3.4%+RM2.00. Sebagai contoh, Jika korang menjual sepasang baju berharga RM100.00, dan pelanggan korang membayar pakai kredit kad melalui paypal. Jadi caj yang dikenakan:

= (RM100*3.4%) + RM2.00

= RM5.40

Seterusnya Baki bayaran RM 94.60 akan terus masuk kedalam akaun paypal anda. Wang yang ada dalam akaun paypal, anda boleh transfer ke mana-mana bank tempatan untuk pengeluaran tunai. Mudah kan...

Ni aku bagi website dia.

www.paypal.com

Bersambung ...

Kalau nak tanya boleh tinggalkan soalan di bahagian komen:

Pelaburan Emas Halal atau Haram?


Sempena dengan kenaikan emas yang tinggi dan kejatuhan nilai US dollar pada hari ini, aku nak bincang sedikit tentang satu pelaburan yang amat menguntungkan, iaitu pelaburan emas. Aku bukan nak bagi hukum pelaburan emas itu halal atau haram. Aku bukan ustaz atau alim ulamak. Aku hanya mahu bincangkan saja. Kalau tak puas hati tanya diorang sendiri...

Pada yang tak tahu bagaimana pelaburan emas, konsep pelaburan emas mudah sahaja. Korang pergi beli emas masa harga emas rendah dan korang simpan. selepas harga emas naik. Korang jual. Jadi korang boleh dapat untung.

Aku tahu ramai orang kata pelaburan emas itu halal. Antara alasan diorang kata halal adalah, Pelaburan ini tidak melibat pelaburan pada yang syubahah seperti pelaburan lain. Pelaburan ini hanya melibatkan jualan beli emas sebenar (emas fisikal) jadi akad jual beli itu sah. Pelaburan ini hanya melibatkan jual beli 2 pihak sahaja, Jadi tidak timbul syubahah atau tidak. jika wang yang dibayar oleh pembeli emas itu dilaburkan kepada pekara haram, Itu hanya melibatkan penjual itu sahaja.

kita tengok secara asasnya memang jual beli emas adalah sah dan halal. Ada sesetengah orang mengunakan hadith dalam mengukuhkan bahawa pelaburan emas ini sah dan halal. Korang cari sendiri lah eak...

Nota: Emas yang aku cerita ni bukan emas perhiasan tapi emas fisikal dalam bentuk syiling, bar, atau apa saja yang bukan untuk korang gantung kat badan. Tentang hukum hakam jual beli emas perhiasan korang cari sendiri lah... aku bukan nak citer yang tu.

Ok. Aku nak cerita pendapat aku pula.

Waktu Rasulullah selain menjadi perhiasan, emas juga dijadikan sebagai mata pertukaran utama. Ini kerana emas adalah logam yang mempunyai ciri-ciri yang amat unik. Ia merupakan logam yang bernilai tinggi di mata manusia, ia tidak berkarat atau reput. Ia juga tidak termusnah oleh faktor masa. Jadi ia adalah logam yang amat tepat untuk dijadikan mata pertukaran.

Jadi kalau zaman dulu sekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Maka hari ini pun korang akan dapati sekor kambing pun adalah 1 dinar.

Kenapa..? Sebab nilai yang amat stabil lah kawan weii... Korang pergi lah kat planet mana pun emas tetap kena rompak. Tapi kalau korang bawak duit malaysia kat Antartika, agak2 ada orang nak rompak tak?

Korang nampak tak kelebihan jika jadikan emas sebagai mata pertukaran? Inflasi 0%!!! Hah tanya lagi kenapa? Cari sendiri lah...

Ada lagi... Ini ada satu hadith tentang emas

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Apa tu Riba? Riba tu senang cakap adalah ketidakadilan dalam urusan jual beli/pinjaman. Ia melibatkan keuntungan pada satu pihak dan kerugian pada pihak yang satu lagi. Errr... ke ada lagi istilah yang lebih mudah dan ringkas... tolong betulkan...

Ok... Mari kita bincangkan situasi berikut, ia melibat antara dua pihak sahaja.


Abu pinjam 2 ribu dari Husin. Selepas 5 tahun, Abu menyerahkan kembali 2 ribu kepada Husin.


Aku nak tanya korang, adil tak untuk kedua pihak (kedua-dua tidak untung atau rugi)? Tentu korang akan kata adil dan tidak melibat unsur-unsur ribakan.

Abu pinjam 2 keping emas dari Husin. Selepas 5 tahun, Abu menyerahkan kembali 2 keping emas kepada Husin.

Aku nak tanya lagi, adil tak untuk dua pihak (kedua-dua tidak untung atau rugi)? Pun tentu korang kata adil sebab tiada penambahan kan...

Abu ada 2 keping emas, suatu hari Abu menukar 2 ribu dengan 2 keping dari kawannya Husin kerana memerlukan wang. Selepas 5 tahun Abu ingin menuntut 2 keping emasnya kembali dengan 2 ribu yang dipinjam. (5 tahun sebelum itu sekeping emas adalah 1 ribu)

Aku nak tanya korang lagi skali, Adil tak untuk dua pihak tersebut? Betul ke kedua-dua itu tidak mengalami keuntungan atau kerugian? Heh heh... Aku tak mau jawab sebab aku aku bukan ahli ekonomi gak... ha ha ha...

Emas dinar, syiling emas, emas bar itu korang kata ia boleh dijadikan mata pertukaran kan. Wang kertas itu memang korang kata mata pertukaran. Jadi korang perasan tak korang sedang berjual beli antara dua mata pertukaran. Jadi rujuk hadith atas balik eak. Baca 2 3 kali kalau tak faham.

Kalau korang kata emas itu barang perhiasan, aku boleh terima lah. Sebab berlaku kos upah dalam membuatnya. Tapi yang kita bincang ni emas yang korang beli sebagai pelaburan tu. Itu bukan emas perhiasan...

Katakan sekarang ni mata wang dollar tengah jatuh hampir 1 US Dolar = RM 3. Jadi korang pun dengan modal RM3 ribu pegi wat pertukaran mata wang menjadi 1 ribu dolar. Akhir tahun nnt katakan dolar naik balik jadi 1 US dolar = RM3.50, masa tu korang jual balik 1 ribu dolar yang korang ada tu. Maka korang dapat RM 3.5 ribu... Pakcik kaya wooo...

Apa hukum perlaburan mata wang yang melibatkan tempoh masa eak... Aku tak tahu lah hik hik....

Note sekali lagi: Pelaburan mata wang semestinya melibatkan suatu tempoh masa. Ada beza antara 'pelaburan mata wang asing' dengan 'pertukaran mata wang asing'.

So apa beza dengan dengan korang beli emas eak? Aku tak mahu jawab.... korang tanya lah ustaz atau ustazah korang....

Korang boleh bezakan tak antara ‘menjadikan emas sebagai mata pertukaran’ dengan ‘menjadikan emas sebagai pelaburan’? Kat sini yang korang keliru ni...

Nabi pesan suruh simpan emas... sebab suatu hari nanti tiada yang lebih apa berharga selain emas.... pandai korang bab-bab hadith ni... Aku plak tanya, Zaman Nabi suruh simpan emas tu, masa tu emas diorang jadikan apa?

Nabi suruh jadikan emas sebagai mata pertukaran, yang korang pegi simpan emas bawah bantal lama-lama tu sapa suruh???

Korang tahu tak dulu bahawa US dollar bersandar pada emas? Dan sekarang diorang juga yang haramkan mana-mana wang negara di sandarkan pada emas? Diorang tak bagi korang jadikan emas jadi mata wang, nak tahu kenapa? cari sendiri...

Akhir sekali lagi aku nak bgtau. Aku tak mahu kata pelaburan emas itu halal atau haram. Kalau nak tahu tanya pada yang lebih mengetahui...

Sekian... Selamat bertanya...hua hua...

Apa itu Sufi?




















Tajuk itu saja je nak bagi gempak tapi sebenarnya aku bukan hendak menceritakan tentang apa makna sufi atau makna tassawuf atau yang sewaktu dengannya cuma ambik sipi-sipi jer...

Aku hendak cerita bahawa setiap sesuatu perbuatan atau pekara ada matlamat untuk di capai.

Aku nak cerita yang duniawi dulu eak....

Dulu masa sekolah matlamat korang nak habiskan sekolah dengan dapat keputusan SPM yang cemerlang. Masuk Universiti nak dapat segulung ijazah plak, masuk alam pekerjaan lain plak matlamat korang, masuk alam perkahwinan.... maka setiap pekara ada matlamat korang tersendiri. Matlamat ini membuat korang menjadi seorang yang maju.

Namun ada juga yang tiada matlamat. Maka jadilah ia seperti yang dia mahu sekarang... Walaupun masa terus kehadapan dia tetap berada di situ sehingga keselesaan yang dia miliki itu hilang sedikit demi sedikit dan ketika itulah baru dia rasa bahawa telah banyak masa dia sia-siakan. Akhir sekali dah tua tak leh wat apa-apa dah.

Aku cerita yang ukhrawi plak.... Kebanyakkan kita orang melayu ni belajar syariat Islam dari kecil lagi. Namun hanya sebahagian yang meneruskan langkah belajar tassawuf untuk lebih mengenali Sang Pencipta kita. bila ditanya naper tak mahu belajar tassawuf. Alasan korang ilmu tak cukup lagi. Ttahun depan tanya soklan sama, jawapan pun sama gak. bila ilmu nak cukup kalau tak belajar...

Maka tua lah kita sebagai seorang yang beriman dengan Islam tapi bukan dengan Allah swt. Seumur hidup kita bercakap dan belajar tentang Apa itu Islam, Sejarah Islam, Ketamadunan Islam, , Indahnya Islam, Bagaimana Hidup berlandaskan ajaran Islam dan bla... bla... lagi semuanya tentang Islam. Namun kita lupa untuk belajar mengenal Yang menciptakan Islam. Kita belajar 99 nama-Nya yang indah-indah namun kita lupa apa yang siapa empunya nama itu. Kita belajar sifat 20, Namun kita lupa siapa pemilik setiap nama itu.

Matlamat Islam adalah mengabdikan diri kepada Allah swt. Islam itu adalah cara hidup... Dan menjadi hamba Allah swt itu adalah matlamat sebenar kita hidup. Nak jadi hamba Allah, maka kena kenal lah Allah... nak kenal Allah, kena duduk lah dekat Dia. Nak mendekati Allah ada caranya. Tassawuf itulah caranya... Seterusnya sila rujuk ustaz-ustaz dan alim ulama lah yea.

Selamat Hari Pekerja




Aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja dan kepada yang tidak bekerja (menganggur), korang cepat-cepat lah cari kerja jangan dok nyusahkan mak ayah korang, tua-tua kena sara korang lagi heh... heh...

Tips cari kerja:

1. Jangan memilih kerja. Walaupun korang ada ijazah sekalipun jangan dok segan nak apply kerja kilang atau buat rumah batu jadikan ia sebagai batu loncatan untuk dapatkan kerja yang lebih baik. Aku dulu pun kije kilang kayu je sebelum dapat kije sekarang ni.

2. Apply kat SPA dah, cari dalam surat khabar pun dah, surf dalam internet pun dah, tapi tak gak dapat. Itu cara orang perasan hebat dan malu nak kuar tunjuk muka. Aku cadangan korang pegi ke kedai makan yang selalu korang lepak malam-malam. tanya ada kerja kosong tak kat sana. Kerja kedai makan ni... pasal makan korang dah tak perlu fikir dah dan sekurang-kurangnya ada income wat top-up hanset korang tu. (untuk pengetahuan korang aku juga pernah kerja kat beberapa kedai makan)

3. Kalau korang dok berdekatan hospital, shopping kompleks, kawasan yang banyak pejabat kerajaan, kawasan kilang ke. Korang pergi lah mintak kijer sebagai pengawal keselamatan kat sana. Macam mana nak mintak? Tanya aje kat pengawal keselamatan kat situ. Kat area JB dan KL tu ramai kawan aku yang kijer sebagai pengawal keselamatan.

4. Last... Yang penting jangan lupa bahawa rezeki korang dah ditetapkan cuma bila dan macam mana caranya sampai pada korang? jadi kenalah berdoa. Doa itu senjata orang muslim.

Seian...

Indahnya Syurga 2



Masa aku kanak-kanak dulu... Aku selalu dengar cerita-cerita indah tentang syurga... Macam-macam lah, tentang sungai-sungai di syurga, tentang bidadari-bidadari (masa aku kanak-kanak pun aku dah gilakan pompuan), tanam-tanaman, binatang ternakan, pasar-pasar di syurga, di syurga tak perlu bawak duit pegi pasar, ambik sahaja barang yang korang nak tu. free of charge!!!

Jadi masa aku kecik dan jahil dulu aku selalu terfikir-fikir... Kenapa sesorang yang masuk syurga tu Allah bagi satu lot tanah kat syurga paling sempit pun adalah seluas 10 kali bumi. Masa pertama kali aku dapat bilik sendiri (sebenarnya share dengan adik) aku rasa luas gila dah bilik tido ni untuk aku dan adik aku.

Bayangkan satu hari malaikat Jibrail nak pergi melawat tempat kediaman Abu Bakar r.a. di syurga. Korang tahu lah kan.... Malaikat ni dia boleh terbang ke sesuatu tempat dengan tak sempat pun korang nak berkelip mata pun. Punyalah laju malaikat ni... cahaya pun kalah... Jibraill as dari langit ketujuh sempat terbang sambut Nabi Yusof ketika terjatuh dalam perigi.

Sekian lama Jibrail terbang nak menuju ke kediaman Abu Bakar r.a., lama sangat dia terbang sampai dia berhenti kepenatan. Lalu Jibarail tanya pada Allah kat mana dia sekarang ke kot-kot dah terlepas masuk kediaman orang lain. Allah berfirman kepada Jibrail yang dia baru berada di tepi laman rumah Abg Bakar lom sampai tengah pun lagi. Tak tahu lah seluas mana kan...

Jadi... Korang rasalah naper nak luas sampai macam tu sekali...? Rasa pelik tak? Tak pelik pun sebenarnya kalau korang fikir secara logik pun boleh... Korang bayangkan berapa lama korang hidup kat syurga? selama-lamanya weeii... aku ulang semula... selama-lamanya...

Kita tengok orang kaya sekarang. satu dunia senang-sennag je diorang boleh jelajah. Sampai bosan tak tahu nak pegi mana lagi. Itu yang ada melancong sampai ke angkasa tu...

Jadi kita pun kat syurga sama lah... masa itu kita lah yang paling kaya raya... hidup pun selama-lamanya pasti lah kita nak jalan-jalan, melancong sana sini selama-lamanya. kalau setakat luas bumi... bosan laa.... Sebab itu lah setiap korang yang masuk syurga dapat tempat luas-luas kat sana paling sempit pun 10 kali bumi... Korang bukan hidup kat syurga tu sehari dua... bukan 100 atau 1000 tahun tapi selama-lamanya...

Maha Suci Allah yang sememangnya Maha Tahu...

Ulasan The Arrival (Dajjal)



Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir. (Al-Anfaal 8:18)

Ini adalah ulasan tentang sebuah cerita yang boleh dikategorikan sebagai dokumentasi terlampau... Dan ia tiada kena mengena langsung dengan filem The Arrival lakonan Charlie Sheen.

Kategori cerita.... Sebuah cerita yang menarik, namun tidak sesuai untuk tontonan umum dan boleh dikategorikan sebagai 18PL (kerana mempunyai tahap falsampah yang tinggi) sehingga boleh memecahkan kepala hotak kanak-kanak bawah umur.

Bagi mereka yang 18 tahun ke atas, ia sesuai untuk ditonton beramai-ramai samada dirumah atau pun di tempat kerja sewaktu bos anda tiada di pejabat.

Berkenaan jalan cerita pula... Banyak sangat scene ulangan yang menyebabkan anda perlu bawa gula-gula ketika menontonnya kerana ada bahagian yang akan berulang-ulang sehingga anda rasa nak muntah atas member anda.

Pengaruh kepada masyarakat... Amat kuat sekali... sehingga ada yang tidak tidur malam memikirkannya.

Kesimpulan... selamat mendownload, selamat menonton dan selamat makan gula-gula.

Selidik lah dulu yea....



Aku rasa ada kewajarannya kita merasa sedikit takut dan berhati-hati. Aku bukan nak ulas tindakan akhbar amerika yang cuba menimbulkan isu tahap keselamatan makanan di Jepun akibat pendedahan radiasi tempoh hari.

Aku nak bagitau korang yang isu tahap keselamatan makanan dari negara luar... Kita tengok baru-baru ini heboh tentang telur tiruan dari China masuk ke pasaran negara kita. Aku tak pasti lah apa tindakan negara China terhadap isu ini. Yang aku tahu telur tiruan itu diperbuat dari bahan kimia yang bila masuk dalam badan boleh menjahanamkan badan kita.

Kita tidak boleh pandang remeh isu-isu ini... Sedarkah kita setiap apa yang kita makan, kesan bahan kimia dalam makanan kita itu membari kesan buruk pada badan dan otak kita, sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

Biarpun sekarang tahap kebersihan masyarakat kita semakin meningkat. Namun timbul pula masalah lain iaitu kesedaran tentang bahan kimia sebagai bahan tembahan dalam makanan kita.

Kebanyakkan produk makanan dari negara luar terutama China, Thailand dan beberapa negara lain. Mereka tidak ambil peduli kesan pengunaan bahan kimia berlebihan  terhadap orang ramai dalam menghasilkan produk makanan. Bagi mereka keuntungan lebih utama.

Oleh itu rasanya kita sendiri perlu buat satu kaedah bagaimana kita sebagai penguna dapat menghindari dari membeli produk yang mempunyai bahan kimia yang berlebihan dan berbahaya.

Walaupun memang ada peraturan tentang kawalan kualiti makanan import namun ia hanya pada sesetangah produk dan bahan kimia sahaja.

Bagaimana pun dengar lah dulu...


"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."


Surah al-Hujurat. ayat 6.


Apa yang nak aku sampaikan sebenarnya kalau ada seseorang itu bagitahu sesuatu dan korang pulak dungu dan tak tahu maka selidiki lah dahulu jangan dok terus terima atau bakul sampahkan...!!!

Lebih-lebih lagi kalau ia berkaitan dengan hal ehwal agama. Korang... bila ada saja orang bagitau hal agama yang korang tak pernah dengar, mula lah nak sangkal dengan tanya tahu dari ustaz mana? Nas mana? Hadis mana?

Korang ingat semua orang yang bagitau tu hafal ke hadis atau nas atau nama ustaz yang diorang dengar? Kebanyakkan amalan agama yang korang buat pun taklid buta jer... takde pulak korang nak kukuhkan dengan nas atau hadis mana-mana kan.

Kalau ada kawan ke, sedara ke, orang tepi jalan ke, yang bagitau korang hal-hal agama yang korang tak pernah dengar... korang senyap sudah lah. Lepas tu balik rumah korang selidik lah sendiri jangan dok buat senyap jer. Dan sesusah itu kalau korang dah selidik dan bertanya pada yang lebih arif. Kalau confirm bercanggah dan salah jadi tak payah lah ikut...

Yang jadi masalahnya... Bagaimana kalau apa yang diorang sampaikan itu pekara betul. Wajib lagi tu. Dan korang pulak sebab tak pernah dengar, maka korang buat tak tahu jer, malas nak selidik. Sedangkan kebenaran telah sampai kepada korang. Hah!... menjawab lah korang kat akhirat esok sebab bakul sampahkan kebenaran yang telah disampaikan pada korang.

Fikir-fikrkan lah eak...

Mamat Bodoh Yang Perasan Betul



Kes Pertama

Aku sedang memecut kereta 120km/j sebab lambat ke tempat kerja. Sampai satu simpang aku belok ke kiri tetiba ada sekor mamat berdiri tengah jalan laluan aku menghadap ke keretanya yang pancit di bahu jalan. Nasib baik masa ambil selekoh tadi aku dah kurangkan laju. kalau tidak aku rasa dah melayang mamat ni masuk parit kena rempuh dengan aku. Dah lah tak letak apa-apa isyarat yang boleh orang tahu kereta buruknya tu rosak.

Yang bengongnya... mamat ni tak bergerak pun tengok kereta aku lalu. Aku pulak yang terpaksa ambik jalan sebelah kanan untuk elak mamat bengong ni. Masa aku lalu sebelah aku pandanglah ke arah dia dengan muka tak puas hati aku. Boleh plak mamat tu buat selamba jer... geram aku... Lepas berlalu aku tengok-tengok guna cermin pandang belakang kot-kot ada kereta yang berhenti tolong atau berhenti sebab tersadung mamat tu.

Kes Kedua

Yang ini berlaku di jalan kampung... Aku macam biasa petang ambil anak aku dari rumah pengasuh. Jalan masuk kampung rumah pengasuh aku ni kecil jer. Muat-muat satu kereta jer. klu bertembung salah sorang kena berhenti dulu untuk bagi laluan kereta satu lagi. Nak jadikan cerita masa aku masa aku dok pandu kereta pelahan-lahan. Ntah dari semak mana muncul sorang mamat ni tetiba melintas bodoh depan kereta aku... aku pun break lah emergency... mamat tu perasan yang kereta aku hampir nak langgar dia. Boleh plak dia buat muka macam nak marah kat aku. Nasib baik dia blah macam tu jer. Kalau dia datang sound aku tadi mau aku bertumbuk dengan dia... Besar kereta aku takkan ko tak nampak mamat ooii....

Kes Ketiga

Berlaku ketika hendak hantar kawan aku ke lapangan terbang... Aku pandu laju gak lah. Jalan yang aku lalui itu bukan highway tapi ada 2 line. Jadi boleh lah aku pecut sikit kat line kanan. Yang ini memang aku kata Allah masih sayang aku dan mamat tu lah. Tiba-tiba dua ekor mamat yang entah dari mana muncul melintas depan aku sambil tolak motorsikal. Aku break emergency sampai terseret tayar kereta. Terkejut beruk aku buat sementara waktu. Mamat dua ekor tu pun terkejut beruk gak. Yang bodohnya mamat dua ekor tu boleh plak gelak-gelak sambil beredar pergi. Sempat kawan dia angkat tanda tangan mintak maaf... Maaf korok mu... kalau aku langgar ko tadi boleh melambung ko tu.

Antara Dakwah dan Kerjaya



Satu hari ada kumpulan tabligh bertamu ke rumah aku bercerita tentang keindahan islam. Aku pun dengar dengan kusyuknya... sebab aku memang suka dengar cerita agama ni... heh heh

Sebaik habis, mereka pun menjemput aku ke surau berdekatan bersama-sama kerana ada ceramah agama yang mereka anjurkan. Kebetulan... (Dan memang kebetulan) pada petang itu dirumah hanya aku dan anak aku yang berusia 5 bulan sahaja yang ada. Jadi tidak dapatlah aku mengikuti mereka untuk sama-sama berjuang mencari keredhaan Allah s.w.t.

Teringat pula aku pada satu peristiwa dimana ia berlaku hampir 5 tahun dulu. Ada satu kumpulan pejuang agama datang bertamu ke bilik asrama aku. Mereka dengan semangatnya bercerita tentang jihad kepada aku. Kebetulan dalam kalangan mereka ada seorang member yang aku kenali. Rupanya mamat ni dah ada geng baru patut lah jarang dah lepak dengan aku...

Selepas habis diorang bercerita, mereka pun ajak aku join kumpulan diorang bersama-sama dalam berjuang ke jalan Allah s.w.t. Aku dengan sopan menolak pelawaan diorang kerana aku masih belum kenal kumpulan apa yang mereka ni join. Aku tanya kumpulan apa yang diorang join, diorang tak mahu jawab pula tapi mahu aku join. Apa jadah... Kalau ko tak tahu apa ada dalam lobang tu, berani ke ko nak terjun ke dalam lobang tu? lebih kurang macam tu lah.

Sebaik habis, mereka pun sudah lama berlalu pergi. Tiba-tiba member aku yang dah join diorang ni datang pada aku dan berkata...

"Abg senior aku tadi kata ko macam orang kafir quraisy, Yea lah bila Rasulullah SAW bagi dakwah macam-macam diorang tanya tapi tak mahu join pun. Mcm ko lah" Bagitau member aku.

Terkejut beruk aku mendengarnya... Mendidih hati aku, mahu saja aku pergi cari dan tampar kapit muka mamat berlagak alim tu. Nasib baik masih ada lagi kesabaran dalam hati aku ni. Aku pun bagitau kat member aku...

"Orang yang cakap orang lain kafir, kalau tidak benar maka orang yang bercakap itu lah yang akan jadi kafir."

Macam tu jer lah aku boleh cakap, malas nak lebih-lebih. Member aku pun berlalu pergi.

Apa sebenarnya point aku nak tulis ni... heh heh

Pointnya...

Agama Islam adalah agama dakwah. Maka memang kewajipan kita sebagai umat Islam agar menyebarkan Islam ini ke seluruh muka bumi ini. Dua kisah yang aku ceritakan tadi adalah mengenai bagaimana cara mereka berdakwah, betul atau salah korang nilai sendiri lah... Cara kita berdakwah ada macam-macam. Macam mana cara-cara itu korang cari sendiri lah dalam internet tak pun belajar dengan ustaz dan alim ulama itu lagi bagus.

Ustaz aku masa sekolah dulu pernah bagitau aku nikmat paling besar kita dapat bukan lah kesihatan baik atau sebab kita dok malaysia. Tapi nikmat yang paling besar sekali adalah Nikmat Islam. Kerana nikmat itu lah maka kita semua orang Islam akan dapat masuk syurga akhirnya...

Jadi kenapa kita nak kedekut dengan nikmat yang kita ada ni. Apa salahnya kita kongsi dengan mereka yang belum lagi merasai nikmat Islam ini. Biar kita semua masuk syurga yang indah ini.

Nak kongsi maka kena lah berdakwah... Bunyi aje nak berdakwah maka ramai yang dah fikir bukan-bukan. Ingat nak dakwah kena pakai serban kopiah ke baru boleh dakwah. Kena belajar agama tinggi-tinggi dulu ke baru boleh berdakwah. Habis kalau macam tu orang yang kerja tukang sapu sampah, jaga jamban tak boleh berdakwah lah yea.

Tabligh tu bukan semuanya pandai agama pun. Ada yang saja-saja ikut sebab nak mendekatkan diri pada Allah. Tapi mereka giat berdakwah... Begitu juga pendakwah-pendakwah bebas yang datang pada kita menerangkan keindahan islam pada kita walaupun kita ini dah pun Islam...

Tapi jangan pula kita kutuk cara orang lain berdakwah... Biarlah mereka dengan cara mereka...  Dah ko tak nak ikut cara diorang berdakwah. Dan kononnya ko ada cara sendiri nak berdakwah... Maka ikut lah cara ko. Dan kita berdoa lah agar kita pun dimasukkan dalam golongan yang berjuang di jalan Allah...

Dan mereka yang berkenaan pun (Malas nak cakap sapa) jangan lah kutuk-kutuk atau terus cop orang itu takde hidayat sebab tak mahu ikut kumpulan korang untuk sama-sama berjuang di jalan Allah. Kita mana tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Bersangka baik pada orang lain lagi mulia dari perasan diri tu baik.

Macam aku bagitau tadi. Agama Islam adalah agama dakwah, jadi semua orang wajib berdakwah. Zaman Rasulullah dulu pun sebaik sahabat masuk islam terus beliau balik ke kampunag halaman berdakwah pada penduduk kampung mereka.

Kita berdakwah lah ikut kemampuan yang kita ada. Dalam masa yang sama kita belajar apa yang kita tidak tahu. Kalau benda itu kita tahu.... kita sebarkan... Kalau benda itu kita tak tahu maka kita rujuk lah pada yang lebih tahu... Bukannya buat senyap.

Kita umat Islam sebenarnya priority hidup kita selain bertakwa kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam, adalah berdakwah. Yang kedua baru kerjaya. Ini tak kerjaya nombor satu... Dakwah jadi nombor entah ke berapa...

Jadi siapa pun kita, Dimana pun kita berada, apa pun yang tengah kita lakukan sekarang, maka kita kena lah ingat bahawa kita ada tanggunjawab sebagai pendakwah. (Aku ingat kan untuk korang dan juga untuk aku sendiri)

"Bang... saya kerja kilang kul 7 pagi masuk, kul 7 ptg balik. Balik umah kena jaga anak isteri pulak. Macam mana saya nak berdakwah?" Kan aku dah bagitau... Berdakwah ada bamyak cara. Ko pergi kantin makan ramai-ramai masa rehat. Ko baca Bismillah kuat-kuat dan doa makan kuat-kuat itu pun boleh jadi salah satu cara ko nak berdakwah.

Asalkan orang nak orang tahu ko tu Islam. Dan mereka tengok bahawa rupanya macam ni cara hidup orang Islam. Maka ko sudah menjalankan satu dakwah... Senangkan...

Akhir kata...

Kerja itu penting... kalau tak kerja macam mana nak hidup kan. Tapi dakwah itu lagi penting. Jadi kena lah buat. Nak buat macam mana itu terpulang pada korang lah. Janji antara dakwah dan kerja ko tahu mana satu yang utama. Jadi kalau ada sesapa kata ko kapir sebab ko tak join diorang berdakwah di jalan Allah. Ko ada jawapan nak jawab kat Akhirat nanti... hu hu hu...

"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


(Surah : Al-'Asr)


p/s: Kenapa aku tak kata solat 5 waktu, puasa, zakat, haji tu pun penting gak? Sbb hanya orang bodoh je yang tak tahu.... ha ha ha...

Orang Kita siri 1



Petang itu aku pergi ke Cawangan Celcom kerana masalah Celcom Broadband aku. Aku dikenakan caj 10sen/10kb yang menyebabkan bulan itu bill celcom aku sampai RM250. Masa aku call operator servis diorang kata ada masalah teknikal dan meminta aku ke Cawangan Celcom berdekatan... Mangkuk punya celcom. Buang duit aku jer...

Dekat kaunter tu adalah sorang mamat celcom ni... sebaik aku duduk depan dia. Dia pun ambil alat soal selidik (macam frame gambar digital) tentang tahap kepuasan pelanggan yang sepatutnya aku sendiri yang isi. Muka mamat tu selamba jer tolong isikan untuk aku. Dah lah belum buat apa-apa pun lagi tentang masalah aku ni. Sebab malas nak cari pasal aku buat tak tahu jelah. Nasib baik lah dia dapat selesaikan masalah aku. Pointnya apa jadah ko sendiri yang isi borang soal selidik tentang tahap kepuasan aku terhadap layanan ko...?

Indahnya Syurga



Kalau kita cakap tentang syurga tentu orang akan tanya "ko dah cukup ke amal nak ke sana tu?"

Bila kita dengar orang kata tentang syurga kita akan fikir "layak ke aku nak ke sana?" Lepas fikir macam tu seminit dua... kita pun ambik remote TV bukak astro channel star world tengok American Next Top Model.

Aku tengok sekarang jarang sangat orang berbicara tentang nikmat syurga... Dalam ceramah-ceramah agama pun sudah kurang ditekankan tentang syurga dan nikmat syurga. Sedangkan masa Rasulullah berdakwah dulu setiap kali Baginda ceritakan tentang kebaikan yang perlu dilakukan oleh umatnya pasti akan diceritakan tentang balasan syurga yang akan umatnya dapat.

Nikmat syurga yang baginda ceritakan bukanlah sebagai sogokan supaya taat kepada perintah Allah s.w.t tapi sebagai penguat iman untuk para umatnya. Dengan bercerita tentang Syurga dan Neraka yang orang masih hidup ini belum pernah saksikan lagi pasti akan mengoyahkan iman sesiapa sahaja yang mendengarnya. Diceritakan pula tentang keindahan-keindahan yang ada dalam syurga. Di dalam syurga ada 4 batang sungai mengalir dengan setiapnyai itu daripada Air Tawar, Madu, Susu, dan Arak.Semuanya boleh diminum. Ada bidadari yang ramai yang boleh kita sentuh sesuka hati... Ditingkatkan tenaga batin, muda sentiasa, tidak akan mati lagi selama-lamanya. Bagi mereka yang tidak beriman padaNya, cerita nikmat syurga itu tak ubah seperti cerita dongeng untuk mengembirakan mereka yang hidup susah.

Jika kita tanya anak-anak sekarang apakah balasan syurga yang anda dapat jika taat kepada ibubapa? tentu ada yang tidak dapat menjawabnya. Ibubapa sekarang pun sudah jarang menceritakan tentang balasan syurga dan neraka dalam mendidik anak. Apakah ibubapa sudah rasa bahawa bercerita tentang syurga dan keindahan syurga itu sudah ketinggalan zaman? Atau rasa macam cerita dongeng yang mana anak kita akan menolaknya mentah-mentah? Iman seseorang itu bukan kita yang tentukan, tapi tanpa ilmu bagaimana kita ingin menguatkan iman? Kita wajib beriman pada syurga dan neraka. Maka menjadi kewajipan kepada kita jugalah mendidik anak-anak kita supaya mengenali syurga dan neraka sedekat-dekatnya.

Hari ini ramai orang lebih gemar mengaitkan sesuatu amal kebaikan dengan tahap kesedaran sivil yang mana kita berbuat amal kebaikan adalah kerana kita mempunyai kesedaran sivil yang tinggi. Sehingga kita lupa bahawa kesedaran sivil itu adalah satu istilah yang dicipta oleh orang bukan islam yang tidak percayakan balasan syurga dan neraka. Semakin lama anak-anak dikaitkan antara amal kebaikan dengan kesedaran sivil semakin jauh lah anak-anak itu dengan syurga. Dan suatu hari nanti segala bentuk tindakan yang anak-anak kita buat adalah kerana tahap kesedaran sivil yang mereka ada dan bukan lagi kerana Lillahi taalla...

Jika kita cintakan dunia. Hanya dunia yang kita dapat. Tapi kalau kita cintakan akhirat, dunia akan ikut bersama kita. Faham? Contoh macam ini, Jika kita berbuat baik dengan orang disekeliling kita kerana Allah taala dan kita tahu apa ganjaran syurga yang kita akan dapat. Kita akan terus melakukannya tanpa ada perasaan sia-sia dan kerana perbuatan itu kita disenangi oleh orang sekeliling. Itu lah maksud akhirat dapat dunia pun kita kan dapat.

Ceritakanlah sehebat-hebatnya tentang nikmat syurga pada anak-anak kita, pada kawan-kawan kita, pada sesiapa sahaja kita temui. Nikmat syurga itu adalah benar. Itu satu-satunya sebuah cerita dongeng yang benar yang Allah cipta untuk hamba-hambanya yang taat. Sebuah cerita yang bukan sahaja indah tapi mengasyikkan. Biar kita dipersalahkan kerana bercerita tentang keindahan syurga yang melampau itu menyebabkan orang lalai dari mengingati duniawi. Biar kita dipersalahkan kerana merosakkan minda anak-anak kecil kerana bercerita keindahan syurga yang tidak dapat diterima akal dewasa.

“Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Antara Buang Bayi dan Adat Melayu



Dah lama aku nak mengulas tentang kes buang bayi ni. Rata-rata kes buang bayi adalah di kalangan remaja melayu. Walaupun kes buang anak ni dah lama tapi macam takde tanda-tanda ia akan berakhir.

Kenapa mereka sanggup melakukannya... Bila kita cakap orang melayu pasti secara atomatik kita akan kata mereka adalah orang Islam. Apakah mereka tidak tahu bahawa membunuh merupakan dosa yang amat besar.

Pendapat aku. Kenapa remaja melayu sanggup melakukan perbuatan membuang bayi adalah kerana budaya melayu kita sendiri. Mereka sanggup memilih jalan yang keji kerana keterlanjuran mereka sendiri daripada memilih jalan yang lebih baik seperti berbincang dengan ibu bapa atau keluarga terdekat.

Mengapa aku berkata sedemikian pasti ada suara yang tidak setuju dengan pendapat aku ini. Pasti ada juga suara akan kata mereka sanggup buang bayi adalah kerana kurang didikan agama. Ok... Aku setuju tapi kenapa kaum lain yang beragama bukan Islam tidak ada masalah kes buang bayi sehebat remaja melayu? Sedangkan mereka langsung tiada didikan agama Islam. Adakah kau ingin kata didikan agama diorang lagi sempurna? Satu lagi jika remaja kita ini kuat didikan agama Islam bukan sahaja masalah buang bayi ini sahaja tiada. Malah kes hubungan luar nikah juga tidak akan menjadi satu isu.

Ini merupakan pengalaman aku bermaustatin di Sarawak dan bergaul dengan masyarakat Iban yang majoritinya adalah beragama Kristian. Kisah remaja di sini sama seperti kisah remaja melayu di semenanjung. Hubungan luar nikah dan remaja perempuan mengandung juga menjadi isu di sini. Namun kes buang bayi seolah tidak pernah aku kedengaran. Di sini remaja yang mengandung anak luar nikah akan datang kepada ibu bapanya supaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Di sekolah ibubapa datang memberitahu bahawa anaknya tidak dapat hadir lagi ke sekolah kerana mengandung. Dan di hospital ibubapa menemani anaknya yang ingin bersalin anak luar nikah.

Aku dapat simpulkan disini budaya melayu yang memegang kuat pepatah 'Biar mati anak jangan mati adat' dan ditambah sikap para ibubapa yang tidak mahu mendengar masalah anak-anak mereka adalah penyebab sebenar kepada masalah ini. Anak-anak remaja melayu sanggup membuang bayi daripada memberitahu hal sebenar kepada ibubapa mereka kerana tidak mahu ibubapa mereka menangung malu dan menghalau mereka.

Didikan agama yang kurang menyebabkan mereka terlanjur dalam perbuatan mereka. Dan kerana adat melayu mereka terus memilih jalan yang salah dengan melakukan pembunuhan.

Selagi kita tidak ubah cara kita berfikir selagi itu masalah ini tidak akan selesai...

Bagaimana Belajar Berfikir



Semua orang boleh berfikir. Tapi tidak semua orang tahu teknik berfikir dengan betul. Berfikir juga perlu ada teknik yang betul. Sebab itu di institusi-institusi tinggi ada kelas Kemahiran Berfikir.

Berfikir dengan cara yang betul akan membawa kita kearah objektif yang ingin dicapai dengan lebih baik dan berkesan. Ada banyak buku-buku yang menerangkan teknik berfikir dengan betul.

Semua orang akan kata dia mampu berfikir dengan waras. Namun ramai juga yang memilih jalan yang salah apabila menemui jalan buntu dalam masalah kehidupan mereka.

Aku heran setiap kali melihat cara anak melayu berfikir... Apa yang ada dalam kepala hotak mereka semasa mereka sebenarnya...