Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
Showing posts with label Agama kita. Show all posts
Showing posts with label Agama kita. Show all posts

Islam dan Sains



Ramai orang kaitkan antara Agama Islam Dengan Pengetahuan Sains. Ia bagus dalam mencari dan menunjukkan kebenaran akan agama Islam yang mulia ini.

Namun perlu kita ingat bahawa walaupun dalam Al-Quran ada menyuruh supaya kita menuntut ilmu, menyarankan kita menkaji segala ciptaanNya sama dilangit ataupun dibumi, namun apa yang Allah s.w.t. suruh adalah supaya dengan cara itu korang dapat mengukuhkan lagi iman korang yang sedia ada.

Dan dalam Al-Quran pun dah kata... Bagi orang kafir plak... Kebenaran depan mata pun mereka buat tak nampak jer... ini kan pula kebenaran yang perlu dicari.

Berbalik pada Islam dan Sains, aku sarankan kat korang kalau nak bercakap tentang Islam pada sesapa seboleh-bolehnya jangan kaitkan dengan sains. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan tentang hikmah larangan dan suruhan Allah pada kita.

Kenapa aku cakap macam tu...

Situasi mudah... Jika seorang kawan bukan Islam tanya pada korang, Kenapa orang Islam tak makan babi? Korang tak payah dok cakap yang babi tu banyak kuman, banyak penyakit, banyak cacing dan ulat dalam daging babi (siap tunjuk video youtube lagi). Nanti kawan korang itu akan buat kesimpulan sebab tu orang Islam tak makan babi rupanya... ha ha ha

lepas tu kawan korang tu jawab kat korang semula yang daging babi sekarang ni bersih daripada benda tu semua. Tempat pembelaan dah canggih, daging dah steril, dengan kata lain bersih habis dah. Korang nak kata apa...?

Kan senang... Kalau korang kata Allah swt yang perintahkan manusia (Perintah Allah swt adalah untuk seluruh umat manusia bukan orang Islam sahaja) haram makan babi.

Kalau kawan korang tanya kenapa? Jawab aje. Allah swt lebih mengetahui apa yang tidak nampak oleh kita. Senang... bunyi pun indah. Menunjukkan kita ni hidup bertuhan Allah... bukan bertuhan Sains.

Kalau kawan korang tu degil gak nak bukti kukuh... korang kata kat dia...

"Yang ko ni nak tahu sangat naper? Kalau ko nak makan sangat sup babi tu pegi aje lah sorang2..." ha ha ha...

Kenapa eak kalau boleh jangan kaitkan Sains dalam hikmah larangan dan suruhan dalam Islam?

Kerana perintah larangan dan suruhan Allah swt bukan sahaja merangkumi ilmu sains semata-mata, malah meliputi keseluruhan disiplin ilmu-ilmu yang lain seperti psikologi, sosial, politik, ekonomi dan macam-macam lagi yang kita tidak boleh capai dengan akal fikiran semata-mata. Contoh larangan berzina dan minum arak. Tentu korang dapat fikirkan dari segenap displin ilmu akan hikmah larangan tersebut... Tapi adakah orang bukan islam mahu mendengarnya?

Maha Suci Allah yang lagi Maha Mengatahui.

Korang nak tahu, Orang agama lain pun mengunakan alam dan sains untuk menunjukkan kebenaran agama diorang.

Aku ingat lagi sorang member aku tunjuk gambar2 kalimah Allah pada awan, pokok, daging, tembikai dan macam lagi lah. Hari lain datang plak member aku yang beragama Kristian tunjuk kat aku gambar2 muka jesus pada awan, tanah, dan pokok dan macam-macam lagi. Bukan setakat gambar ada beberapa video gak. Terkedu aku...

Sebab itu aku tak suka ada orang nak kaitan sains dan Islam. Nak tunjukkan kebenaran Islam dengan tunjuk gambar2. Bukan macam tu caranya... Ada banyak lagi cara lain... leh tunjukkan dengan ayat-ayat Al-Quran, Hadith2, sejarah, sirah, tanya ustaz dan ustazah...

Al-Quran ada kata malaikat yang turunkan hujan, tapi sains kata hujan terjadi kerana kitaran penyejatan di udara. Jadi mana satu yang betul? mesti korang kata dua-dua betul... Aku pun kata dua2 betul. Tapi bagaimana nak bagitau kat orang kafir yang Mikail itu yang turunkan hujan. Tentu susahkan... kalau korang cakap silap2 boleh kena gelak sebab cakap mcm budak kecik.

Tapi aku cakap senang aje. Urusan hujan itu urusan Allah... yang pengantaraanNya adalah Mikail. Kaedah penyejatan air di udara itu adalah kaedah penyebab yang Allah mahu kita saksikan bahawa alam ciptaan Allah ini amat sempurna. Cukup lah tu...

Dia nak dengar atau tidak itu hal dia... jika dia tidak puas hati juga dan nak berdebat, bagitau kat kawan korang yang degil suka berdebat ntah apa-apa tu...

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kaafiruun 109:6)

WA

Kebetulan kah itu?




Sebelum korang baca entry seterusnya aku nak bagi peringatan sikit. Pendapat aku ini ada unsur-unsur misteri sikit. Jadi jangan sampai korang diselubungi mesteri.... heh heh

Aku nak tanya korang... Jika korang tengok bentuk-bentuk awan di langit? Adakah ia terbentuk secara rawak? Tentu korang cakap ya kan.

Titis-titis hujan yang turun menimpa bumi. Adakah ia turun secara rawak? tentu jawapan korang sama macam tadi gak kan.

Bagaimana kalau aku kata, Angin yang bertiup, awan yang terbentuk, titis-titis hujan yang turun pada sesuatu tempat, daun-daun pokok yang jatuh pada sesuatu tempat itu semua adalah sudah diatur. Dan ia sudah diatur sejak korang belum wujud pun lagi. Sejak alam semester ini belum wujud pun lagi. hah... bagaimana tu?

Adakah korang rasa dunia ini penuh dengan kebetulan? Bagaimana kalau aku kata korang masih lagi belum kenal tuhan korang, kalau korang masih kata ada kebetukan dalam dunia ni.

Kecik-kecik dulu pernah tak korang dibagitau bahawa setiap rumput2 di bumi ada malaikat yang jaga, dan ada malaikat nama mikail yang uruskan hal awan dan hujan kat langit? Ke korang dah tak ingat? ataupun korang rasa itu hanya citer dogeng yang layak didengar untuk budak-budak kecik sahaja?

Macam aku bagitau tadi lah kalau korang kata itu hanya citer budak-budak... Maka korang masih belum kenal tuhan korang.

Kalau korang rasa macam tu... cepat-cepat bertaubat eak.

Mai aku citer sikit tentang apa itu 'Menguasai langit dan bumi'. Bila bercakap tentang menguasai langit dan bumi maka korang kena tahu bahawa istilah menguasai itu bukan menguasai seperti seorang raja menguasai ssesebuah negeri.

Ia lebih dari itu... ia adalah tentang menguasai segenap ruang, segenap masa dan segenap pekara. walhal sebutir pasir di tepi pantai sekali pun tidak terlepas di bawah kekuasaanNya. Dia saja yang boleh tetapkan kat mana tiap-tiap butir pasir tu dok mana dan buat apa tiap-tiap hari dan waktu...

Maha Suci Allah dari sifat yang lemah.

Nanti aku sambung entry ini tentang kejadian alam semester...

WA

Selamat Hari Jururawat


















Aku nak ucapkan Selamat Hari Jururawat pada Isteri aku. Dan kepada semua jururawat semalaysia.... Korang semua jangan asyik nak marah pesakit jer... Diorang dah lah sakit. Korang pergi marah plak. Kesian kat pesakit tu...

Kesempatan ini aku nak cerita sikit tentang perangai buruk manusia

Salah satu perangai yang paling buruk sekali dalam diri manusia ini adalah perangai menaikan diri sendiri dengan cara menjatuhkan orang lain. Satu perangai yang buruk lagi hina. Ramai manusia bersikap macam ni. Lagi-lagi ahli politik ha ha...

Korang tidak boleh lari daripada menemui manusia macam ni... Jika nak mengelak sudah tidak dapat, bagaimana nak hadapi manusia buruk macam ini? Sini aku bagi tips bagaimana nak hadapi jenis manusia begini agar korang tidak terlalu kecewa dan rasa putus asa apabila korang menjadi mangsa nanti.

1. Pertama sekali korang kena elak menjadi mangsa keadaan. Kalau korang dah tahu ada orang berperangai macam tu, korang jangan berkawan dengan dia. Sebab jika korang dah kawan rapat kemungkinan untuk semakin kecewa adalah tinggi... heh heh

2. Bersikap rasional dan bersabar. Jika korang tiba-tiba dengar nama korang diburukkan, korang jangan cepat gelabah. Sabar... Ingat pada Allah swt. Ingat... Dia yang beri rezeki. Bukan kerja korang atau orang sekeliling korang.

3. Korang jangan jadi macam anjing... jika dengar dia menyalak... korang nak menyalak sama... Baik korang diam. Habis dia menyalak dia blah laa...

4. Ada situasi jika korang diam, orang sekeliling nampak korang yang salah... orang yang mengata korang itu yang betul. Jadi nak buat macam mana? Nak menyalak gak ke? Tak payah... Korang teruskan hidup macam biasa. Kalau korang nak tahu orang yang busuk hati ni hidup tak senang. Manusia lain tengok korang salah, tapi Allah tahu kan korang salah ke tak.

5. Ingat ia sebagai satu ujian dari Allah... Korang betul2 ke dah beriman? Haaa... masa ni lah korang boleh tahu korang dah beriman atau tidak. Sebab korang tak boleh kata korang beriman selagi korang tidak di uji. Sapa kata? bukan aku... itu dalam Quran. Cari sendirik.

6. Last sekali... Naper korang rasa tips aku bagi ni tak membantu langsung? Sebab semuanya hanya berserah... Bukan apa, kita hidup bukan lama pun. Last-lat masuk kubur habis citer. Lagipun kalau yang bercakap itu ada lebih kuasa dan wang dari korang. Apa yang korang boleh buat? Sabar aje lah.

Wassalam...

Indahnya Syurga 2



Masa aku kanak-kanak dulu... Aku selalu dengar cerita-cerita indah tentang syurga... Macam-macam lah, tentang sungai-sungai di syurga, tentang bidadari-bidadari (masa aku kanak-kanak pun aku dah gilakan pompuan), tanam-tanaman, binatang ternakan, pasar-pasar di syurga, di syurga tak perlu bawak duit pegi pasar, ambik sahaja barang yang korang nak tu. free of charge!!!

Jadi masa aku kecik dan jahil dulu aku selalu terfikir-fikir... Kenapa sesorang yang masuk syurga tu Allah bagi satu lot tanah kat syurga paling sempit pun adalah seluas 10 kali bumi. Masa pertama kali aku dapat bilik sendiri (sebenarnya share dengan adik) aku rasa luas gila dah bilik tido ni untuk aku dan adik aku.

Bayangkan satu hari malaikat Jibrail nak pergi melawat tempat kediaman Abu Bakar r.a. di syurga. Korang tahu lah kan.... Malaikat ni dia boleh terbang ke sesuatu tempat dengan tak sempat pun korang nak berkelip mata pun. Punyalah laju malaikat ni... cahaya pun kalah... Jibraill as dari langit ketujuh sempat terbang sambut Nabi Yusof ketika terjatuh dalam perigi.

Sekian lama Jibrail terbang nak menuju ke kediaman Abu Bakar r.a., lama sangat dia terbang sampai dia berhenti kepenatan. Lalu Jibarail tanya pada Allah kat mana dia sekarang ke kot-kot dah terlepas masuk kediaman orang lain. Allah berfirman kepada Jibrail yang dia baru berada di tepi laman rumah Abg Bakar lom sampai tengah pun lagi. Tak tahu lah seluas mana kan...

Jadi... Korang rasalah naper nak luas sampai macam tu sekali...? Rasa pelik tak? Tak pelik pun sebenarnya kalau korang fikir secara logik pun boleh... Korang bayangkan berapa lama korang hidup kat syurga? selama-lamanya weeii... aku ulang semula... selama-lamanya...

Kita tengok orang kaya sekarang. satu dunia senang-sennag je diorang boleh jelajah. Sampai bosan tak tahu nak pegi mana lagi. Itu yang ada melancong sampai ke angkasa tu...

Jadi kita pun kat syurga sama lah... masa itu kita lah yang paling kaya raya... hidup pun selama-lamanya pasti lah kita nak jalan-jalan, melancong sana sini selama-lamanya. kalau setakat luas bumi... bosan laa.... Sebab itu lah setiap korang yang masuk syurga dapat tempat luas-luas kat sana paling sempit pun 10 kali bumi... Korang bukan hidup kat syurga tu sehari dua... bukan 100 atau 1000 tahun tapi selama-lamanya...

Maha Suci Allah yang sememangnya Maha Tahu...

Bagaimana pun dengar lah dulu...


"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."


Surah al-Hujurat. ayat 6.


Apa yang nak aku sampaikan sebenarnya kalau ada seseorang itu bagitahu sesuatu dan korang pulak dungu dan tak tahu maka selidiki lah dahulu jangan dok terus terima atau bakul sampahkan...!!!

Lebih-lebih lagi kalau ia berkaitan dengan hal ehwal agama. Korang... bila ada saja orang bagitau hal agama yang korang tak pernah dengar, mula lah nak sangkal dengan tanya tahu dari ustaz mana? Nas mana? Hadis mana?

Korang ingat semua orang yang bagitau tu hafal ke hadis atau nas atau nama ustaz yang diorang dengar? Kebanyakkan amalan agama yang korang buat pun taklid buta jer... takde pulak korang nak kukuhkan dengan nas atau hadis mana-mana kan.

Kalau ada kawan ke, sedara ke, orang tepi jalan ke, yang bagitau korang hal-hal agama yang korang tak pernah dengar... korang senyap sudah lah. Lepas tu balik rumah korang selidik lah sendiri jangan dok buat senyap jer. Dan sesusah itu kalau korang dah selidik dan bertanya pada yang lebih arif. Kalau confirm bercanggah dan salah jadi tak payah lah ikut...

Yang jadi masalahnya... Bagaimana kalau apa yang diorang sampaikan itu pekara betul. Wajib lagi tu. Dan korang pulak sebab tak pernah dengar, maka korang buat tak tahu jer, malas nak selidik. Sedangkan kebenaran telah sampai kepada korang. Hah!... menjawab lah korang kat akhirat esok sebab bakul sampahkan kebenaran yang telah disampaikan pada korang.

Fikir-fikrkan lah eak...

Antara Dakwah dan Kerjaya



Satu hari ada kumpulan tabligh bertamu ke rumah aku bercerita tentang keindahan islam. Aku pun dengar dengan kusyuknya... sebab aku memang suka dengar cerita agama ni... heh heh

Sebaik habis, mereka pun menjemput aku ke surau berdekatan bersama-sama kerana ada ceramah agama yang mereka anjurkan. Kebetulan... (Dan memang kebetulan) pada petang itu dirumah hanya aku dan anak aku yang berusia 5 bulan sahaja yang ada. Jadi tidak dapatlah aku mengikuti mereka untuk sama-sama berjuang mencari keredhaan Allah s.w.t.

Teringat pula aku pada satu peristiwa dimana ia berlaku hampir 5 tahun dulu. Ada satu kumpulan pejuang agama datang bertamu ke bilik asrama aku. Mereka dengan semangatnya bercerita tentang jihad kepada aku. Kebetulan dalam kalangan mereka ada seorang member yang aku kenali. Rupanya mamat ni dah ada geng baru patut lah jarang dah lepak dengan aku...

Selepas habis diorang bercerita, mereka pun ajak aku join kumpulan diorang bersama-sama dalam berjuang ke jalan Allah s.w.t. Aku dengan sopan menolak pelawaan diorang kerana aku masih belum kenal kumpulan apa yang mereka ni join. Aku tanya kumpulan apa yang diorang join, diorang tak mahu jawab pula tapi mahu aku join. Apa jadah... Kalau ko tak tahu apa ada dalam lobang tu, berani ke ko nak terjun ke dalam lobang tu? lebih kurang macam tu lah.

Sebaik habis, mereka pun sudah lama berlalu pergi. Tiba-tiba member aku yang dah join diorang ni datang pada aku dan berkata...

"Abg senior aku tadi kata ko macam orang kafir quraisy, Yea lah bila Rasulullah SAW bagi dakwah macam-macam diorang tanya tapi tak mahu join pun. Mcm ko lah" Bagitau member aku.

Terkejut beruk aku mendengarnya... Mendidih hati aku, mahu saja aku pergi cari dan tampar kapit muka mamat berlagak alim tu. Nasib baik masih ada lagi kesabaran dalam hati aku ni. Aku pun bagitau kat member aku...

"Orang yang cakap orang lain kafir, kalau tidak benar maka orang yang bercakap itu lah yang akan jadi kafir."

Macam tu jer lah aku boleh cakap, malas nak lebih-lebih. Member aku pun berlalu pergi.

Apa sebenarnya point aku nak tulis ni... heh heh

Pointnya...

Agama Islam adalah agama dakwah. Maka memang kewajipan kita sebagai umat Islam agar menyebarkan Islam ini ke seluruh muka bumi ini. Dua kisah yang aku ceritakan tadi adalah mengenai bagaimana cara mereka berdakwah, betul atau salah korang nilai sendiri lah... Cara kita berdakwah ada macam-macam. Macam mana cara-cara itu korang cari sendiri lah dalam internet tak pun belajar dengan ustaz dan alim ulama itu lagi bagus.

Ustaz aku masa sekolah dulu pernah bagitau aku nikmat paling besar kita dapat bukan lah kesihatan baik atau sebab kita dok malaysia. Tapi nikmat yang paling besar sekali adalah Nikmat Islam. Kerana nikmat itu lah maka kita semua orang Islam akan dapat masuk syurga akhirnya...

Jadi kenapa kita nak kedekut dengan nikmat yang kita ada ni. Apa salahnya kita kongsi dengan mereka yang belum lagi merasai nikmat Islam ini. Biar kita semua masuk syurga yang indah ini.

Nak kongsi maka kena lah berdakwah... Bunyi aje nak berdakwah maka ramai yang dah fikir bukan-bukan. Ingat nak dakwah kena pakai serban kopiah ke baru boleh dakwah. Kena belajar agama tinggi-tinggi dulu ke baru boleh berdakwah. Habis kalau macam tu orang yang kerja tukang sapu sampah, jaga jamban tak boleh berdakwah lah yea.

Tabligh tu bukan semuanya pandai agama pun. Ada yang saja-saja ikut sebab nak mendekatkan diri pada Allah. Tapi mereka giat berdakwah... Begitu juga pendakwah-pendakwah bebas yang datang pada kita menerangkan keindahan islam pada kita walaupun kita ini dah pun Islam...

Tapi jangan pula kita kutuk cara orang lain berdakwah... Biarlah mereka dengan cara mereka...  Dah ko tak nak ikut cara diorang berdakwah. Dan kononnya ko ada cara sendiri nak berdakwah... Maka ikut lah cara ko. Dan kita berdoa lah agar kita pun dimasukkan dalam golongan yang berjuang di jalan Allah...

Dan mereka yang berkenaan pun (Malas nak cakap sapa) jangan lah kutuk-kutuk atau terus cop orang itu takde hidayat sebab tak mahu ikut kumpulan korang untuk sama-sama berjuang di jalan Allah. Kita mana tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Bersangka baik pada orang lain lagi mulia dari perasan diri tu baik.

Macam aku bagitau tadi. Agama Islam adalah agama dakwah, jadi semua orang wajib berdakwah. Zaman Rasulullah dulu pun sebaik sahabat masuk islam terus beliau balik ke kampunag halaman berdakwah pada penduduk kampung mereka.

Kita berdakwah lah ikut kemampuan yang kita ada. Dalam masa yang sama kita belajar apa yang kita tidak tahu. Kalau benda itu kita tahu.... kita sebarkan... Kalau benda itu kita tak tahu maka kita rujuk lah pada yang lebih tahu... Bukannya buat senyap.

Kita umat Islam sebenarnya priority hidup kita selain bertakwa kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam, adalah berdakwah. Yang kedua baru kerjaya. Ini tak kerjaya nombor satu... Dakwah jadi nombor entah ke berapa...

Jadi siapa pun kita, Dimana pun kita berada, apa pun yang tengah kita lakukan sekarang, maka kita kena lah ingat bahawa kita ada tanggunjawab sebagai pendakwah. (Aku ingat kan untuk korang dan juga untuk aku sendiri)

"Bang... saya kerja kilang kul 7 pagi masuk, kul 7 ptg balik. Balik umah kena jaga anak isteri pulak. Macam mana saya nak berdakwah?" Kan aku dah bagitau... Berdakwah ada bamyak cara. Ko pergi kantin makan ramai-ramai masa rehat. Ko baca Bismillah kuat-kuat dan doa makan kuat-kuat itu pun boleh jadi salah satu cara ko nak berdakwah.

Asalkan orang nak orang tahu ko tu Islam. Dan mereka tengok bahawa rupanya macam ni cara hidup orang Islam. Maka ko sudah menjalankan satu dakwah... Senangkan...

Akhir kata...

Kerja itu penting... kalau tak kerja macam mana nak hidup kan. Tapi dakwah itu lagi penting. Jadi kena lah buat. Nak buat macam mana itu terpulang pada korang lah. Janji antara dakwah dan kerja ko tahu mana satu yang utama. Jadi kalau ada sesapa kata ko kapir sebab ko tak join diorang berdakwah di jalan Allah. Ko ada jawapan nak jawab kat Akhirat nanti... hu hu hu...

"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


(Surah : Al-'Asr)


p/s: Kenapa aku tak kata solat 5 waktu, puasa, zakat, haji tu pun penting gak? Sbb hanya orang bodoh je yang tak tahu.... ha ha ha...