Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Islam dan Sains



Ramai orang kaitkan antara Agama Islam Dengan Pengetahuan Sains. Ia bagus dalam mencari dan menunjukkan kebenaran akan agama Islam yang mulia ini.

Namun perlu kita ingat bahawa walaupun dalam Al-Quran ada menyuruh supaya kita menuntut ilmu, menyarankan kita menkaji segala ciptaanNya sama dilangit ataupun dibumi, namun apa yang Allah s.w.t. suruh adalah supaya dengan cara itu korang dapat mengukuhkan lagi iman korang yang sedia ada.

Dan dalam Al-Quran pun dah kata... Bagi orang kafir plak... Kebenaran depan mata pun mereka buat tak nampak jer... ini kan pula kebenaran yang perlu dicari.

Berbalik pada Islam dan Sains, aku sarankan kat korang kalau nak bercakap tentang Islam pada sesapa seboleh-bolehnya jangan kaitkan dengan sains. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan tentang hikmah larangan dan suruhan Allah pada kita.

Kenapa aku cakap macam tu...

Situasi mudah... Jika seorang kawan bukan Islam tanya pada korang, Kenapa orang Islam tak makan babi? Korang tak payah dok cakap yang babi tu banyak kuman, banyak penyakit, banyak cacing dan ulat dalam daging babi (siap tunjuk video youtube lagi). Nanti kawan korang itu akan buat kesimpulan sebab tu orang Islam tak makan babi rupanya... ha ha ha

lepas tu kawan korang tu jawab kat korang semula yang daging babi sekarang ni bersih daripada benda tu semua. Tempat pembelaan dah canggih, daging dah steril, dengan kata lain bersih habis dah. Korang nak kata apa...?

Kan senang... Kalau korang kata Allah swt yang perintahkan manusia (Perintah Allah swt adalah untuk seluruh umat manusia bukan orang Islam sahaja) haram makan babi.

Kalau kawan korang tanya kenapa? Jawab aje. Allah swt lebih mengetahui apa yang tidak nampak oleh kita. Senang... bunyi pun indah. Menunjukkan kita ni hidup bertuhan Allah... bukan bertuhan Sains.

Kalau kawan korang tu degil gak nak bukti kukuh... korang kata kat dia...

"Yang ko ni nak tahu sangat naper? Kalau ko nak makan sangat sup babi tu pegi aje lah sorang2..." ha ha ha...

Kenapa eak kalau boleh jangan kaitkan Sains dalam hikmah larangan dan suruhan dalam Islam?

Kerana perintah larangan dan suruhan Allah swt bukan sahaja merangkumi ilmu sains semata-mata, malah meliputi keseluruhan disiplin ilmu-ilmu yang lain seperti psikologi, sosial, politik, ekonomi dan macam-macam lagi yang kita tidak boleh capai dengan akal fikiran semata-mata. Contoh larangan berzina dan minum arak. Tentu korang dapat fikirkan dari segenap displin ilmu akan hikmah larangan tersebut... Tapi adakah orang bukan islam mahu mendengarnya?

Maha Suci Allah yang lagi Maha Mengatahui.

Korang nak tahu, Orang agama lain pun mengunakan alam dan sains untuk menunjukkan kebenaran agama diorang.

Aku ingat lagi sorang member aku tunjuk gambar2 kalimah Allah pada awan, pokok, daging, tembikai dan macam lagi lah. Hari lain datang plak member aku yang beragama Kristian tunjuk kat aku gambar2 muka jesus pada awan, tanah, dan pokok dan macam-macam lagi. Bukan setakat gambar ada beberapa video gak. Terkedu aku...

Sebab itu aku tak suka ada orang nak kaitan sains dan Islam. Nak tunjukkan kebenaran Islam dengan tunjuk gambar2. Bukan macam tu caranya... Ada banyak lagi cara lain... leh tunjukkan dengan ayat-ayat Al-Quran, Hadith2, sejarah, sirah, tanya ustaz dan ustazah...

Al-Quran ada kata malaikat yang turunkan hujan, tapi sains kata hujan terjadi kerana kitaran penyejatan di udara. Jadi mana satu yang betul? mesti korang kata dua-dua betul... Aku pun kata dua2 betul. Tapi bagaimana nak bagitau kat orang kafir yang Mikail itu yang turunkan hujan. Tentu susahkan... kalau korang cakap silap2 boleh kena gelak sebab cakap mcm budak kecik.

Tapi aku cakap senang aje. Urusan hujan itu urusan Allah... yang pengantaraanNya adalah Mikail. Kaedah penyejatan air di udara itu adalah kaedah penyebab yang Allah mahu kita saksikan bahawa alam ciptaan Allah ini amat sempurna. Cukup lah tu...

Dia nak dengar atau tidak itu hal dia... jika dia tidak puas hati juga dan nak berdebat, bagitau kat kawan korang yang degil suka berdebat ntah apa-apa tu...

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kaafiruun 109:6)

WA

43 comments:

faiz said...

btol tu..segala suruhan Allah mesti ada tujuan dan hikmah dia...kita xbley byk mempersoalkan..

Mutiara Bernilai said...

Alhamdulillah, betul2, sekarang ni sume org dok nak pembuktian secara sainstitifik kan?

sebab tu, dulu mutiara masa buat thesis final year dkt U, mutiara buat pasal pembuktian membaca al quran tu benar2 mengubah gelombang otak untuk memasuki zon tenang,, :)

alhamdulillah. terbukti,

fadh leyanie said...

sokong dengan entri ni..bnyk dalil hadis yg boleh di tonjolkan tntang kebenaran agama Islam.

.drakula. said...

Itu yang aku ikuti dari dahulu lagi..al-quran dan bukan tulisan dari manusia lain cuma al quran.

Fasihah Supian said...

artikel yg menarik...betul, Al-Quran jelas mengatakan begini dan begini, tetapi sains pula mengatakan begini, takkan nak terima sains? artikel yg dapat membuatkan org berfikir...

dwatyKNY said...

nice entri.... betul tu kadang2 kata2 ni lagi power dari yang dilihat... nak bukti sangat al-Quran la... kalau TAK PERCAYA juga.... lantak ko la...

Norsha said...

setuju,setuju,setuju...semua yang berlaku hanya Allah yang lebih tahu..

NasQ said...

ilmu manusia ibarat jari yang dicelup di dalam lautan yang luas, sisa yang tinggal di jari itulah ilmu manusia berbanding ilmu Allah...

Faaein Talip Roy said...

ehh entri ni ada kaitan dengan apa yang aku belajar dalam kelas pagi tadi.. betul.. lec aku pun cakap... nak kaji islam ni tak payahlah sampai nak guna mikroskop untuk buktikan kesahihan islam..
dalam al-quran memang dah terbukti segala2nya..

Mataku said...

@faiz
Betul...

@Mutiara Bernilai
Sains bagus dan boleh digunakan untuk kuatkan iman kita. Namun tidak untuk menambat hati yang bukan Islam...

@fadh leyanie
sokong anda juga...


@Republic Aku
Itu yang sebaiknya

@FasiHaH SupiaN
Masih ada kesamaran antara Sains dan Islam.

@dwaty
Benar kata mu itu...

@Norsha
Ya... Allah maha Tahu

@Nasriq said...
ilmu manusia ibarat jari yang dicelup di dalam lautan yang luas, sisa yang tinggal di jari itulah ilmu manusia berbanding ilmu Allah...

@Faaein Talip Roy
Itu lah yang aku nak bgtau... Kebenaran Dalam Islam tidak perlu dengan Sains.

Daddylicious said...

tiada al quran kita pasti tersesat...

asliner said...

erm..
setuju dengan pendapat peribadi saudara..
pada saya..
tidak salah nak kaitkan sains dengan Islam..
tapi bab halal haram ini..
biarlah berpandukan dengat syariat dengan sebetulnya..

aby said...

salam MM,
antara sbb manusia diutus kebumi adalah adalah utk menjadi Khalifah dan memakmurkan bumi ..
utk menjadi khalifah mestila insan2 yg terpilih, spt org2 yg maksum.

utk memakmurkan bumi,
utk memberi keselesaan kpd manusia sendiri, mahluk lain spt haiwan, tumbuhan dan ilmu alam, tk lain tk bukan adalah dgn ilmu sains.
sbb itu kita dikurniakan akal utk membuat sesuatu bukan sahaja diguna utk diri sendiri, malah boleh diguna oleh org lain, tk mengenal batas ugama dan bangsa, dan boleh diguna pakai utk generasi akan datang ...

contoh mudah,
mcm mana penciptaan talipon dan lampu ...

uncle gedek said...

the ultimate pedoman

Anonymous said...

=)

*senyum.. tak perlu kata apa2*

sahromnasrudin said...

allhumma inna nas aluka ridha ka waljannah...wana'zubikamin sakhatikawannar....

Mataku said...

@daddyzkool
Itu Pasti...

@asliner said...
Ya.. Kena tahu disiplin ilmu mana yang harus dipakai...

@aby
Terima kasih dengan pandangan Aby.
Sains adalah merupaka fardu kifayah dituntut untuk belajar supaya kenal dunia. Namun untuk kenal Islam dan memperkenalkan Islam pada orang lain bukan melalui sains. Sekadar pandangan naif dari aku.

@gedek!
Terima kasih...

@Pistachio
Senyum kembali...

@sahromnasrudin
Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka

Amin....

wahida said...

Islam agama yg indah...

Nur Liyana said...

hurm,...tak pernah ada org tanya lagi nie..skrg nak bersedia dgn soalan2!!!hahaa

Kakzakie Purvit said...

Islam sebenarnya amat cantik dan mudah. Hanya manusia yg tidak mahu menikmatinya dan memutar-belitkannya. Hukum Allah terlalu mudah kerana semuanya telah ada di dalam Al-Quran.

nabilah_2908 said...

setuju...terbuka minda..

mmg sering sngt dikaitkan dgn kajian Sains..

jom ke APA KATA HATI pulak ;
BLOGGER VS BLOGGER IN DRAFT

Rina Rahamat said...

menarik entri ni..sy tertarik dgn kenyataan yg ada kwn saudara pernah tunjuk gambar jesus dekat awan pokok dsb nya tu..

sarah-najwan said...

byk ilmu terkandung dlm al quran dan hadis

utk dunia skrg..pembuktian dibuat melalui sains..padahal hal itu ada jgak diterangkn dlm alquran..

Anonymous said...

kena bgi penerangan dgn betul kpd diorang nih..mudah2an diorang tertarik dgn islam

karatz said...

alhamdulillah.aku suka.cara kau mudah.aku pun tak penah berdiskusi atau ditanya sebegitu.

Noor Fatin said...

segala2nya Allah yang tentukan. siapa kita untuk pertikaikan..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua setuju ngn penulis blog

Menusuk Hati said...

kalau hati yang dah keras macam batu,cakap apa pun depa akan bidas..hm,yang penting lepas tanggungjawab utk menyampaikan

liyana said...

hmm,,,
btul2..
Al-QURAN ada penyelesaian utk segalanya

Duniakuabstrak said...

Sains boleh disandarkan sebagai ilmu sahaja tapi bukan sebagai pegangan

sains perlukan bukti nyata atau figure untuk menentukan sesuatu kebenaran yang dikaji

Islam itu sangat luas, sains tidak mampu merungkaikan segalanya

Unknown said...

semua yg termaktub dlm Al-Quran tidak boleh dipersoalkan...

emarieys said...

segala kemusykilan ada jawapannya...sudah tentu AL-Quran rujuknya...nice entri...

Hanis MY said...

salam kenal... yup stuju sgt DIA yang maha mengetahui akan segalanya

ORLANDO AHMAD said...

hmmm paling gua tak berkenan bila orang sibuk tunjuk kalimah Allah kat daging la, tomato laa...

Far8 budak baik said...

yap2..abah pernh ckp..
kaji alguran tu..
mmg tak akan abis..
sungguh byk kandungan nye..
kita haru berfikir kn..
=)..thanks sharing wehh..

Qaseh Dalia said...

qaseh sokong .. islam ada hadis2 nya jugak .. dalil2 serta bukti2 yang dah ada dlm al-quran .. nape kaitkan dgn sains ..pelikk

Prince Halilintar said...

prince pun setuju tu..jika diperintahkan Allah maka adelah kebaikan untuk kite...

terokai seni said...

tul tu... sebab ilmu sains akan berubah faktanya bila ada penemuan baru..

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Gombug said...

Ketahui Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) terteruk dalam industri teknologi maklumat sepanjang 2011 - www.gombug.net

Zuhayli said...

Tidak menjadi kesalahan kalau seseorang itu berfikir di sebalik pengharaman seperti HIKMAH @ KAJIAN SAINS, kerana Allah menjadikan akal fikiran kita untuk berfikir melihat setiap kejadian yang Allah jadikan, asalkan sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan Islam, banyak ayat2 Al-Quran yang berbentuk pemikiran....kerana itulah adanya HIKMAH, seperti pengharaman zina, pengharaman minum arak dan sebagainya, kerana itu lah juga para ulamak mengeluarkan beribu2 HIKMAH didalam kitab2 mereka disebalik belbagai larangan didalam Islam, begitu juga Ahli SAINS Islam yang mengeluarkan HIKMAH dari sudut sains dan mcm2 lagi, contohnya haram minum Arak, 'Illah pengharaman arak kerana ia memabukkan, jadi setiap yang memabukkan itu adalah HARAM, para ulah sepakat bahawa HARAM arak 'Illah nya hanya satu sahaja adalah MEMABUKKAN itu dari segi pengeluaran hukum "Usul Fiqh", bila orang tanya kita: apa hukum minum arak, kita jawap: HARAM, mudah sajakan jawapannya, tetapi adakah kita berfikir bagaimana para ulamak berfikir dalam asal usul masaalah tersebut berpandukan Al-Quran dan Hadis, dan disandarkan lagi dengan Qias2 yang lain benda yang memudaratkan tubuh badan adalah haram dan seumpamanya, tetapi kalu dilihat dari sudut HIKMAH pengharamannya, beribu2 HIKMAH disebalik larangan tersebut, yang dicatatkan oleh para2 ulamak mengikut buah fikiran yang berbeza2 pandangan HIKMAH, begitu juga HIKAMAH dari sudut kajian saintifik yang dikeluarkan oleh pengkaji2 sains Islam, (adakah kita pernah ambil tahu sebahagian beribu2 org diluar sana yang masuk Islam mendapat hidayah dari Allah melalui kajian saintifik, jangan kita pandah remeh perkara seperti ini, pernahkah anda membaca penulisan http://www.harunyahya.com/ yang banyak orang masuk islam melalui penulisan beliau melalui kajian sainstifik,janganlah kita memperkecil beribu2 penulisan dan kajian beliau...renung2kanlah) yang penting bagi kita sesuatu yang dikeluarkan itu tidak bertentangan dengan Islam, sebenarnya Al-Quran itu pun sudah HIKMAH, namun kadangkala kita tidak dapat memahaminya jika tiada para2 ulamak, orang2 yang Faqikh menerangkan kepada kita.....apa yang penting disini adalah mengunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah ta'ala sebaik2nya, semoga kita tergolong didalam golongan orang yg bersyukur mendapat nikmat ISLAM....Wallahu'alam.

Gombug said...

Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net

hamka said...

kau betul, lain kali aku nak tulis tajuk macam ni,