Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Kita dan Alam Sementer. Kebetulan atau KehendakNya?




Beberapa hari lepas aku ada tengok dokumentari tentang 'How the Universe Began', Bagaimana alam semester bermula? Seperti yang korang tahu lah kan... puak-puak free thinker barat ni tak habis-habis dok kata bahawa alam semester kita ini berlaku secara kebetulan dari satu letupan besar yang dimanakan 'Big Bang'. Korang boleh google sendiri apa itu Big Bang, citer kat sini panjang plak nanti... ha ha ha

Aku nak bagitau pada korang yang ada Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, PhD dalam ilmu sains ni. Ilmu sains yang korang amalkan tu tak lebih dari setitik dari ilmu yang Allah rahsiakan semasa Dia ciptakan alam semester ini. Setitik aje ilmu yang dia lemparkan kat bumi ni..!!

Kalau korang setakat ada setitik ilmu. Korang dah rasa hebat sangat ke? Sampai berani nak buat teori sendiri kata semua ini hanyalah kebetulan? Kalau korang rasa betul dan nak keluarkan teori sains korang untuk berbahas dengan aku. Korang buat sorang2 lah ... Aku tak minat.

Aku suka ayat ni, Mai sama-sama kita baca eak...

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk ayat 3)

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(Al-Mulk ayat 4)

Allah bagitau dah yang Dia buat alam semester ni dengan cukup lengkap... Dia susun bintang-bintang, planet-planet, bulan-bulan dengan cukup sempurna. Dia jadikan alam semester dalam keadaan yang kita lihat sekarang ini mengikut kehendakNya. Dia yang atur... Jadi kebetulan kah itu?

Jadi apa yang korang nak bagitau aku tentang hal kebetulan ni? Adakah mak korang lahir korang di atas planet bumi ini adalah suatu kebetulan. Adakah korang fikir hanya bumi ni yang ada benda hidup merupakan suatu kebetulan seperti yang mamat Stephen Hawking dok merepek-merepek tu?

Tiada istilah kebetulan dalam penciptaan dari Yang Maha Agung ini... Aku boleh senyap mulut terima kalau korang kata alam semester ini bermula dari satu letupan besar. Sebab ada surah dalam Al-Quran yang hampir selari dengan fakta itu. Tapi... yang aku tak boleh terima bila korang kata kejadian letupan itu adalah suatu kebetulan.

Kalau aku tanya apa sebelum Big Bang, mesti ada yang jawab dengan macam2 jawapan siap dengan fakta matematik lagi. Jadi aku malas nak bahas tentang soalan tu. Budak kecik pun tahu apa yang ada sebelum Big Bang... heh heh tak caya ke?

Ilmu yang betul sebenarnya membawa kita kepada Penciptanya. Namun bila hati hitam maka orang-orang yang sesat ni tak nampak kebenarannya walaupun kepala hotak tu penuh dengan ilmu.

13 comments:

sarah-najwan said...

subhanallah..allah maha besar

semua sudah ditentukan..

Mutiara Bernilai said...

teringat kata2 syed qutb " Amerika itu penuh dengan ilmu, tetapi kosong ruhnya dgn amal"

hu, terima kasih. mutiararasa terisi :)

Mataku said...

@sarah-najwan

Ditentukan semenjak azali

@Mutiara Bernilai

Terima kasih kembali

shahrilhakime said...

ape ndak diheghan kan dengan deme tu.....sedangkan manusie pun deme kate beghasei daghi Beghok..... ape lagi le dunie ni....ade je agenda deme ndak pesongkan manusie niii....

faiz said...

dieorng ni asyik mengkaji yg xbley manusia fikirkan...padahal semuanya dah ade dlm al-quran segala-galanya..

Menusuk Hati said...

Hm..teori manusia semata-mata..mereka sendiri tak pernah tengok big bang dan cuma mampu membuat andaian.

.drakula. said...

begitu juga dengan satu perdebatan ...segala2nya bermula dari air,mereka menafikan dan akhirnya hari ini mereka mengakuinya...


mereka EGO.

Prince Halilintar said...

yup, prince pon ade bace eori psl big bang ni..

namun bg prince hanyalah Allah yg Maha Berkuasa..setiap yg terjadi dan akan dtg hanya Dia yang lbh mengetahuinya..

Mataku said...

@D_08
Darwin dan Hawking ni satu geng lah ni...

@faiz
Mereka tahu tahu Al-Quran tapi mereka sengaja sembunyikan.

@menusuk hati
Diorg sangka otak diorg hebat.

@Republic
Yup tersngat EGO

@Prince Halilintar
Teori yg ntah hapa-hapa ntah...

aby said...

salam ziarah MM,
psl big bang tuh, memang ada dalam quran, cume kurang dijumpa sbb kt kuliah2 masjid kurang crita bab bulan bintang ni ..

1400 thn lalu tanpa ada peralatan kaji bintang, sape nak percaya yg nabi muhammad saw, seorg ummi berkata (bersabda ) bahawa alam ni asal nya satu bumi yg luas dan kemudian berlaku letupan besar dan setelah berjuta juta thn baru la terbentuk bumi, bulan, matahari serta planet2 yg lain ..
sekadar intro ...

sekadar satu coretan said...

saya pernah pergi ESQ training..ade mencerita pasal ni jugak...

mmg terasa tersgt insaf dan betapa besarnye kekuasaan allah..

Faaein Talip Roy said...

betul.. pandangan barat sentiasa nak memesongkan akidah orang-orang kita..

Mataku said...

@aby
Mmg dalam Al-Quran ada bagitau yang bumi dan langit sebelum ini bercantum dan dipisahkan. Ayat ini selari dengan teori big bang.

Namun yg menjadi masalah apbila mereka katakan ia adalah suatu kebetulan.

@ainnoraini said...
Yup... Kuasa Allah maha Hebat.

@Faaein Talip Roy
Sokong...